Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara
perlahan‐lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan
dan kekuatan datuk benar‐benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan
urat‐urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi
seluruh badan.
Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi
datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah
datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda
baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini :
Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi
melemang………
Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa
pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke
kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak
dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku
rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."
Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening rusa. Rusa yang
berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi.
Pemandangan datuk kembali normal yang ujud di depannya sekarang ialah sebatang
pokok besar dengan akar‐akar bergayutan yang mencecah muka bumi.
Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan
tempat itu, datuk segera mencari anak‐anak kayu yang bercabang tujuh yang
mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu datuk tikam ke bumi.
Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu berkata
: "Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu."
Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam. Kemudian
baru kawan‐kawannya pulang. Semua binatang buruan di masukkan ke dalam bonet
kereta Ford Angldia kepunyaan datuk. Dalam perjalanan pulang datuk dan
kawan‐kawannya singgah di pekan Pengkalan Bharu. Mereka makan dan minum kopi
disebuah warung dekat surau. Cara kebetulan pula tuan punya warung itu adalah
kenalan datuk yang sama‐sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan tentang
peristiwa yang dialaminya. Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang
berjumpa dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar
dari kawasan hutan, kalau keluar pun dia tidak akan sihat atau separuh gila.
"Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus
sakit dan meninggal, masa sakit itulah mereka tidak tentu arah, kalau silap
dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan
berjangkit pada si anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang
tuan punya warung itu pada datuk. Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan
punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan punya warung itu memandikannya
dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk mengelakkan badi rusa
itu mengikut datuk balik ke rumah.
Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan
sebarang penyakit. Malah, kegemarannya untuk memburu bertambah gdiat dan hebat.
Asal terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil atau kijang,
datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu. Kalau tidak dapat waktu
sdiang, dia akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja
yang amat dicintai oleh datuk.
Kalau sudah tiba masanya datuk untuk berburu. Jangan
siapa cuba menghalang. Dia tidak peduli. Kalau dilarang juga datuk naik darah.
Selalu jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak bergitu senang
dengan sikap datuk itu. Selain dari berburu datuk cukup rajin belajar ilmu‐ilmu
kebatinan. Datuk pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam tanpa
makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak susut.
Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan,
datuk tidak segan‐segan berkawan dan mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya,
datuk tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun. "Semua
yang dicari hanya sekadar untuk
pelindung diri," kata datuk.
Pada suatu pagi Ahad, datuk telah menerima kunjungan
seorang temannya dari Port Weld, dekat Taiping diaitu Lee Kong Hua, seorang
pengusaha kilang kopi. Setelah berbincang agak lama dengan kawannya itu. Datuk
pun mengambil keputusan untuk pergi memburu babi yang selalu merosakkan tanamannya
di Paya Besar. Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke balai polis Bruas
memberi tahu tentang hajat mereka untuk memburu babi.
Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalangi oleh pihak
polis, kerana kawasan Paya Besar masih lagi belum telibat dengan kawasan hitam.
Dengan kereta Ford Angldia mereka masuk ke dalam kawasan Paya Besar ikut jalan
enam kaki. Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi.
Kemudian datuk dan kawannya itu menyusul jejak tapak kaki
babi menghala ke utara. Lebih kurang dua jam berjalan, babi yang dicari masih
tidak ditemui. Mereka masih tidak putus asa. Lee Kong Hua sudah merancangkan
bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu pulang dengan lori
kepunyaan seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah datuk
lebih kurang pukul tiga petang. Dia mengira paling kurang lima ekor babi akan
diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap menembak.
Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua
dengan seekor babi hutan yang besar. Datuk melepas tembakan tapi, babi segera
melompat masuk ke dalam belukar kecil yang penuh dengan pokok serunai laut,
senduduk, datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba‐tiba babi itu
keluar dari belukar dan berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus memburunya.
Masa memburu datuk dan kawannya terserempak dengan satu kumpulan babi. Dan babi
yang mereka kejar itu berada tidak jauh dari kumpulan tersebut.
"Dia sudah luka," Datuk memberi tahu kawannya.
"Hati‐hati babi hutan luka selalunya ganas."
"Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau
tidak kita akan diserangnya," tambah datuk lagi. Kawannya akur pada cakap
datuk.
Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing
mengadap ke datuk. Alangkah gembiranya hati datuk. Dia sudah mengambil tempat
yang baik. Dia terus menghalakan muncung senapang ke arah kepala babi hutan
itu. Macam selalu sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap
binatang buruannya. Bila pemetik senapang mahu ditarik babi itu memusingkan
tubuhnya lalu masuk ke hutan sebelah kiri. Datuk terus mengikutinya dengan
tenang.
Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun
mencari tempat yang baik untuk melepaskan tembakan. Entah macam mana bagaikan
ada suatu kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik senapang. Dan satu
ledakan bergema. Babi terkejut dan terus lari. Datuk terus juga memburu hingga sampai
ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk melihat babi hutan itu
menyondol‐nyondol tanah dengan tenang. Datuk berjalan menyusul tebing sungai ke
hulu. Dia menyeberang melalui sebatang pokok merbau tumbang yang merintangi
Sungai Dendang.
Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan
sendiri fikir datuk. Datuk pun sampai ke seberang. Ternyata datuk tidak boleh
mendekati babi itu, kerana di pisahkan oleh satu kolam kecil yang airnya keruh.
Kalau datuk melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia
mahu menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil yang
seluas kira‐kira lima kaki itu. Datuk merangkak dan mencari tempat yang baik.
Babi hutan itu itu terus juga menyondol tanah. Datuk
berdiri di seballik pokok ara. Tiba‐tiba datuk terasa telinganya berdesing,
pandangannya berubah dan jadi berpinar‐pinar. Datuk bagaikan berada di satu dunia
lain yang sunyi tapi amat menyeramkannya. Dengan pokok‐pokok yang beranika
ragam dengan akar yang berjuntadian. Datuk mengira semuanya terjadi kerana dia
terlalu letih, banyak membuang tenaga kerana belari. Dia mahu merebahkan babi hutan
itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati, nanti dia mengamuk, semua penoreh
getah di Paya Besar akan diserangnya.
Datuk
tahu, kalau babi hutan mengamuk cukup buruk padahnya. Datuk melihat babi hutan
itu menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datuk meletakkan buntut senapang di bahu. Dengan hati‐hati
dia pun menarik pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak
berbunyi dan babi hutan terus menyelinap ke balik pokok besar.
Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang
sungguh cantik. Dia mahu mendekati datuk dan mengatakan bahawa babi itu berada
tidak jauh daripada pohon itu. Dia suruh datuk memburunya dan datuk sudah tahu,
dia terperangkap lagi. Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan manjanya. Bau
harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya
seakan‐akan melayang‐layang.
Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh
kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada sesuatu kuasa yang menyuruh dia ke
seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan penuh
keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia
terdengar suara perempuan cantik itu ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan
cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. Datuk berpatah balik.
Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya
sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang. Pokok‐pokok besar yang dilihat
bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok‐pokok kecil yang tidak ada akar
bergayut. Datuk duduk di situ,
beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai ke tempatnya.
"Kenapa ?" tanya kawan datuk
"Kita balik."
Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee
Kong Hua menunggu. Datuk terkejut
disamping pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan dan seorang
lagi polis biasa.
Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih
dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang Paya Ara dan membeli tanah berhampiran
dengan rumah datuk.
"Kenapa Tok," tanya datuk dengan tenang kepada
sarjan itu.
"Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu mesti saya
tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu Dendang," kata Sarjan Ali.
Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk,
kalau datuk mengalami perkara ganjil semasa berburu. Datuk bercerita apa yang
dialaminya tadi.
"Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya,
banyak orang yang berburu ke situ tidak pulang, sebulan dulu Cina dari
Setdiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa kain
dan rangka sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Meremang bulu roma
datuk mendengarnya.
Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang
ke rumah. Penerangan yang diberikan oleh
Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah
itu. Walau bagaimana pun hasrat itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui
seorang tua di Kampung Cangkat Berangan. Orang itu berkata pada datuk begini :
"Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh kau
mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana."
"Saya nak jumpa juga."
"Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk
kau." Kata orang tua itu. Namanya Tok Aki Simbang, waktu mudanya dia
seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang
kuat Long Jaafar.
Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok
Aki Simbang. Orang tua itu pun
mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun
berazam untuk menemui perempuan cantik itu.