Jommm kita masak singgang, pastu makan ngn pucuk ubi cicah ngn budu. meletopssss....
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
1 batang serai
satu labu bawang besar – dipotong kasar
2 ulas bawang putih - di buang kulit
5 biji cili padi -ketuk
1 inci halia
3 keping asam keping
5 biji bende di potong 2
garam
Cara-cara:
Siang ikan dan bersihkan. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali ikan dan bende. Tambahkan air dan didihkan. Setelah mendidih masukkan ikan dan masak kira-kira 10 minit. Selepas itu masukkan bende dan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang panas2.
No comments:
Post a Comment