KAPTEN pasukan negara, Safiq Rahim dilayangkan kad merah kedua pada pertemuan dengan China, malam tadi. Malaysia tewas 3-0.
MALAYSIA melangkah ke pusingan kedua bola sepak Sukan Asia Guangzhou 2010 sekalipun tewas kepada China 0-3 dalam perlawanan ketiga Kumpulan A di Stadium Tianhe, semalam yang penuh dramatik dengan tiga pemain negara dilayangkan kad merah. Malaysia menepati sasaran - menamatkan penantian 32 tahun untuk ke pusingan kedua - selepas menjadi salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik, daripada
enam kumpulan dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan, mengatasi Palestin dan Maldives yang memungut satu dan dua mata dalam kumpulan masing-masing. Namun, permainan yang dijangka menarik pada awalnya, memihak kepada China pada minit ke-25 apabila tiga kad merah dilayangkan pengadil Ben Williams dari Australia kepada Mahalli Jasuli dan kapten, Safiq Rahim serta K Kunalan pada minit ke-80. Situasi itu memaksa jurulatih K Rajagobal yang sudah pun kehilangan beberapa tonggak, tidak punya pilihan selain membuat pertukaran taktikal dengan memasukkan K Gurusamy
bagi menggantikan Mohd Faizal Abu Bakar, Mohd Faizal Muhamad untuk Amar Rohidan pada babak pertama dan Izzaq Faris Ramlan dengan Norshahrul Idlan Talaha di babak kedua. Saya kecewa dengan pengadilan. Dengan 10 pemain pun saya yakin kami mampu mengikat
mereka tetapi tanpa dua pemain termasuk Safiq, dan kemudian Kunalan, tiada apa yang
Namun saya puji sikap pemain muda kita yang tetap melawan. Bagi saya, pengadil merosakkan
segala-galanya, kata Rajagobal yang mengakui tidak mengetahui Malaysia sudah layak ke pusingan
kedua sebelum permainan itu bermula tetapi perlu memikir strategi terbaik untuk menghadapi juara Kumpulan B, Iran, di pusingan kedua, esok. Dalam perlawanan di depan 25,000 penonton itu, China menguasai sepenuhnya permainan
untuk mengembalikan sokongan peminatnya selepas kalah kepada Jepun tempoh hari, dengan
mengasak seawal minit kedua apabila penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa melayangkan badan untuk menafikan cubaan pertama tuan rumah. Dengan corak permainan bertahan, China mengasak bertubi-tubi tetapi Khairul Fahmi sekali
lagi menafikan tandukan Zhang Yuan pada minit ke-16 dengan peluang terbaik negara diperoleh
daripada hantaran silang S Chanturu tetapi tiada rakan yang menyambar hinggalah insiden dua kad merah yang merencatkan terus permainan. Namun pujian harus diberikan kepada semua pemain yang bekerja keras terutama Khairul Fahmi
yang banyak menyelamatkan cubaan bahaya tuan rumah sebelum tertewas dengan tandukan
Li Jianbin pada minit ke-62, sepakan percuma Zhao Hongiue (m65) dan penalti Zhang Linpeng (m81).
|
No comments:
Post a Comment