Apa lagi jom kita tengok biskut dahlia saya. Tak lah seindah mana tapi air tangan kita ni yang buat tau. Ha bukan tunjuk2.... :P
Ni lah dia Biskut Dahlia saya tapi tak macam bunga dahlia pun..apa apa aje lah. Hijau kuning lagi you.
1 1/2 cawan butter
1 cawan gula (kurangkan kalau tak suka manis)
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
1 cawan tepung **
1 1/2 cawan tepung jagung **
1 1/2 cawan tepung kastard **
** Ayakkan
Cara - cara
Setelah di ayak, campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan uli sampai jadi doh yang boleh di terap. Guna acuan semperit yg berbentuk bunga. Bakar 350F (170 C) selama 15 - 17 minit atau sampai masak.
No comments:
Post a Comment