Sunday, April 1, 2012

Hanya....






Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya, Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor HARTA, faktor KEKAYAAN. Walaupun itu boleh mejadi penyumbang, tetapi itu BUKAN segala-galanya.

Betapa ramai orang yg berada dalam rumah yang besar dan tidur di atas tilam yg empuk tetapi lena nya tidak nyenyak berbanding orang yg tidur di dalam pondok buruk berlapikkan tikar ...mengkuang.

Betapa ramai orang yg dihidangkan dengan makanan yg enak pelbagai jenis lauk pauk yg sedap. tetapi kekadang lidahnya tidak terasa enak berbanding orang yg hanya ada satu atau dua mata lauk shja.

Dan semua orang sangka jika orang ada rumah yg besar, kereta mewah, hidangan yg sedap dan duit yg banyak.. tentu hidupnya tenang dan bahagia. BELUM TENTU !.


kata Hamka. " Lihat lah bagaimana Allah membahagi- bahagikan Nikmat.

Firman ALLAH :

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. 13:2 )




No comments:

Post a Comment