Tuesday, October 11, 2011

Jawapan Paling Logik Mengapa Umat Islam Mengadap Kaabah Untuk Sembah Allah



Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan menerangkan dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat Islam..  
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam?   Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah... Pendakwah tersenyum…
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman...

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”...
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap dengan emak saya… Dia yang telefon saya tadi...

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak…

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?...

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut...Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja…Lantas…Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai…bersepaiiiiiiiiii....Merah padam muka Missionary menahan marah.... Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum...

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone...

Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga halnya dengan ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....

Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu...

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse... Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...


 

Cara Membuat Gigi Kuning Menjadi Putih

Info di ambil dari blog Afif


Cara-cara nak bagi gigi jadi putih:





1. Arang Kayu 

Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.


2. Lemon dan Garam

Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
3. Kulit Limau

Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.


 4. Daun Kari

Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.


5. Strawberi

 Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih berseri.


6. Ekstrak Epal dan Cuka Putih

Ekstrak buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan kotoran dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.

Perbezaan Ikan Keli Yang Halal Atau Haram Dimakan



Ada sesetengah orang tidak tahu bahawa terdapat jugak ikan keli yang haram dimakan..jom baca lagi untuk mengetahui bagaiman cara untuk mengenal pasti ianya halal atau haram untuk dimakan..

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


p/s:okay..lepas ni hafal info nie atau cetak untuk kesenangan ketika membelinya di pasar agar tidak tersilap pilih...






 

Sunday, October 9, 2011

Petua Untuk Menghilangkan Kelemumur

 

Petua 1:

Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.

Petua 2:
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Petua 3:
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

Petua 4:
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

Petua 5:
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

Petua 6:
Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu. Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.

Petua 7 :
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 8 :
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Petua 9:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu (2) kali sebelum mandi.


Oreo Cheese yg Mabelessss














Bahan bahan utk dasar kek:

2 cawan penuh biskut Oreo
2 sudu besar butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (kalau suka)


Bahan-bahan untuk cheese kek

600 gm cheese (Philadelphia)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream (boleh ganti dengan plain yogurt)
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 biji lemon (ambil jus)
1 1/2 cawan biskut oreo yg di hancurkan (belah 4 pun boleh)


Cara buat dasar kek:

Buang krim biskut oreo dan hancurkan menggunakan blender.

Gaulkan dengan butter yang telah di cairkan dan masukkan brown sugar dan serbuk kulit kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal, kalau tak boleh tambah butter.

Loyang di lapis kan dengan kertas minyak dan letak adunan di dalam loyang dan tekan-tekan.

Sejukkan di dalam peti ais sebentar.


Cara buat adunan cheesecake:

Lembutkan cheese pada suhu bilik sekurang2nya 1 - 2 jam

Pukul cheese menggunakan mixer pada kelajuan sederhana sehingga 3-4 minit sampai kembang.

Bila cheese dh kembang, masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit lagi agar adunan menjadi sebati.

Masukkan sour cream dan putar selama 3-4 minit agar adunan sebati. Kemudian masukkan terpung gandum, esen vanilla dan jus lemon dan putar selama 1-2 minit sahaja.

Pecahkan sebiji telur dn putarkan selama 1 minit, pecahkan yg kedua dan putar 1 minit dan telur yang akhir sekali putar 2-3 minit.

Masukkan biskut oreo yg d hancurkan ke dalam adunan dan keluarkan bekas dasar kek dan tuangkan adunan tersebut ke dalam bekas tadi.


Cara membakar cheesecake:

Tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar menggunakan kaedah water bath. Dengan suhu 150 C (api atas bawah) selama 45 minit. Kemudian tutup api oven dan keluarkan aluminum foil. Masukkan semula kek ke dalam oven selama 2 - 3 jam atau sehingga masak.

Selepas kek dah tak berapa panas, masukkan ke dalam peti ais untuk di sejukkan. Paling kurang 3-4 jam.

Sedia untuk di hidang.






Saturday, October 8, 2011

Ikan Kembung Masak Singggang Makan Panas2


Jommm kita masak singgang, pastu makan ngn pucuk ubi cicah ngn budu. meletopssss....



Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
1 batang serai
satu labu bawang besar – dipotong kasar
2 ulas bawang putih - di buang kulit
5 biji cili padi -ketuk
1 inci halia
3 keping asam keping
5 biji bende di potong 2
garam


Cara-cara:


Siang ikan dan bersihkan.  Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali ikan dan bende. Tambahkan air dan didihkan. Setelah mendidih masukkan ikan dan masak kira-kira 10 minit. Selepas itu masukkan bende dan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang panas2.




Rendang Ayam Chef Mi


Arini teringinnn makan rendang ayam...nasib lemang tak dak jual lagi kalau idak mmmm...banyak kilo lah naik badan ni makan makanan lebih khasiat...hehe




Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (dipotong halus)
  • 2 keping asam gelugor (kalau tak letak pn tak per)
  • 1 keping kecil gula kabung atau sedikit gula
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai 
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisik, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati guna api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang.
  5. Tutup api dan angkat. Boleh lah di makan dengan nasi panas atau lemang dan ketupat..




Triffle ku sedap...heheh






Bahan :
sebiji kek swiss roll (saya guna pandan)
1 tin fruit cocktail
1 paket kristal jeli (jenama nona)
1 tin susu cair (ideal)
2 sudu besar  tepung kastard
3 sudu besar gula

Cara : 
1. Masak bahan untuk kastard dulu... campurkan susu, tepung kastard dan gula... masak hingga bancuhan jadi likat dan menggelegak... bila dah mendidih... tutup api... tepikan.

2. potong-potong kek swiss roll lebih kurang 1.5 cm... susun dalam kaserol... susun rapat-rapat... lepas tu ambil air jus dari fruit cocktail.... tuang / renjis pada kek supaya kek menjadi lembab...

3. tuangkan bancuhan kastard tadi... kemudian baru taburkan buah-buahan cocktail... 

4. Kemudian masak jeli kristal... yg ini sila ikut arahan pada pek jeli tersebut... lepas tu tuang jadi penutup bahagian atas puding... biarkan beku... sejukkan dalam peti ais... 

Sedia untuk d ngappppppp



Friday, October 7, 2011

Yummy....Tiramisu Simple

Minggu lepas saudara serbu dari Singapore aduuhh sampai 6 kereta. Apalagi kuar lah skill yg tak berapa skill tu..heheh...Try buat tiramisu. Ini lah hasilnya...





Nak tau resepi ker...mmmmmmmmmmm..mana leh kede kede kan...

Resepi di ciplak dari my resepi

Bahan bahan

1 biji sponge kek
250ml whipping cream
200 ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara2nya

Bancuhkan nescafe dengan satu  cawan air panas. Satukan gula, cheese dan cream dan pukul sampai kembang dan gebu. Potong kek pada 3 bahagian dan susun 1 bahagian dalam bekas. Tuang 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas cake dan sapu 1/3 bahagian adunan cream + cheese tadi atas kek.  Susun lagi bahagian kek yang selebihnya dan ulang step atas sampai abis. Hias dengan serbuk koko kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge. 

Sedap dimakan semasa sejuk..nyummm nyumm