Tuesday, November 30, 2010

Somali pirates hijack Malaysian-flagged ship

 
NAIROBI, Kenya – The European Union's anti-piracy task force says Somali pirates have hijacked a Malaysian-flagged ship in the Indian Ocean with 23 crew members onboard.

The force said Monday that the Kenya-bound MV Albedo was seized about 900 nautical miles (1,035 statute miles or 1,665 kilometers) east of Somalia's capital of Mogadishu. The ship originated from the United Arab Emirates' port town of Jebel Ali. The anti-piracy force says the Malaysian-owned ship was seized Friday and the crew hailed from Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka and Iran.

Somalia has not had an effective government for 19 years, allowing piracy to flourish off its coast.

The force said pirates now hold 22 vessels and 521 hostages.

Monday, November 29, 2010

Tempoyak Ikan Bilis



Semalam menu kita, tempoyak ikan bilis. Sedapppp...nyum nyum. Dengan cuaca yang sejuk, tak perasan makan bertambah. hehe. Ini style orang pahang le. Sesiapa nak cuba tu boleh sajaaa.. Sesiapa yang tak nak tu bayangkan yeee. apaapaaje lah.. :D


Bahan - bahan

20 - 25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Segenggam ikan bilis
1 labu bawang besar
1 senduk tempoyak
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 cawan air
2 papan petai (optional)

Cara-cara

Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah ditumbuk, ikan bilis, tempoyak, asam keping, petai dan air. Kalau pekat sangat boleh lah tambah air. Biarkan mendidih. Setelah mendidih masukkan garam dan bawang besar yang telah dihiris. Setelah masak boleh lah dihidang bersama nasi panas dan ikan pekasam.....emmm sedappp

Buah Delima

Delima digelar 'superfuit', mengandungi antioksiden yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.


Rahsia Penciptaan Buah Delima


Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman)
sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan
angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Sunday, November 28, 2010

PERINGATAN



1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W menyentuh berkaitan kewajipan menjaga hak wanita tetapi malangnya semakin ramai yang menzalimi wanita dan ramai pula WANITA SENDIRI YANG RELA MARUAH MEREKA DILACURKAN DENGAN MENDEDAH AURAT DAN BERGAUL BEBAS SEHINGGA KEADAAN AKHLAK SEMAKIN PARAH. 


Cuba anda imbas kembali kedatangan Nabi Muhammad S.A.W pembawa rahmat kepada sekalian alam,maka jasa baginda terhadap golongan wanita begitu banyak antaranya Nabi Muhammad S.A.W berjaya menukar pandangan masyarakat yang dulu menganggap wanita setaraf dengan syaitan, binatang, hamba abdi kepada kedudukan yang mulia. 


Penghinaan terhadap pesanan Nabi Muhammad S.A.W turut dilakukan ketika Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu di mana kebanyakan yang terlibat sebagai peganjur adalah beragama Islam. 


Pertunjukan itu bukan sahaja tidak menutup aurat dengan sempurna malah menghina Nabi Muhammad S.A.W kerana mereka berpakaian seksi dan menamakannya sebagai Islam seolah-olah meghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh Allah demi menjaga hati musuh Islam. 


Mereka yang terlibat belum lagi memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam sehingga hari ini. Mereka sepatutnya takut kepada Allah S.W.T dan azabnya yang begitu dahsyat disamping malu kepada masyarakat barat sendiri yang mula merasai bagaimana pakaian seksi dan menjolok mata boleh menyebabkan masalah kerosakan akhlak dan merebaknya kes jenayah. 


Kita dapat baca berita terbaru di mana ada sebuah Bandar persisiran pantai di Itali akan menyaman sehingga RM 2000 kepada mereka yang memakai skirt pendek atau menjolok mata sedangkan kita di sini rasa malu dan rimas menutup aurat. 


Bagaimana di Negara Malaysia?Jika berpakaian skirt pendek, tidak akan dikenakan saman malahan kerajaan mengalu-alukan budaya seksi di akhir zaman.….Malulah anda semua, di Negara Itali sudah ada undang-undang ini tetapi di Malaysia langsung tiada apa-apa perubahan.


Apa yang lebih malang, jasa Nabi Muhammad 
S.A.W seperti dilupakan apabila berlakunya penghinaan terhadap Islam sewaktu Islamic Fashion Festival (IFF) yang diadakan di Malaysia. 


Orang-orang beriman, berperang pada jalan Allah S.W.T. dan orang-orang yang kafir (munafik,golongan yang tidak mempelajari & menghayati isian Al-Quran dan As-Sunnah sepenuhnya dan golongan seangkatan dengannya) berperang jalan taghut (pengikut syaitan). Maka perangilah kamu pengikut syaitan, kerana sesungguhnya
tipu daya syaitan itu teramat lemah. [SurahAn-Nisaa,ayat 76]





Hati-hati Dengan Telur Ayam




Untuk pengetahuan ibu-ibu, telur boleh memberi alahan jika tidak kena dengan kondisi tubuh bayi anda. Telur yang mengandungi salmonella boleh memberi alahan pada kanak-kanak terutama bayi kecil. Alahan seperti ruam-ruam kecil, muntah atau demam boleh berlaku dengan serta-merta sebaik mereka mengambilnya. Pastikan telur diuji terlebih dahulu kepada anak anda dan kemudian barulah memberi pada kadar yang sesuai.









Buat Duit Dengan Pasar Malam

Baru-baru ni saya ada membeli "Buku Buat Duit Dengan Pasar Malam" oleh Johar Seman. Hmm macam nak meniaga pasar malam jerk..Saya ni ada tokoh ke nak meniaga pasar malam. Sebenarnya saya kagum melihat peniaga-peniaga pasar malam. Sanggup berniaga dari siang sampai ke malam. Tak kira hujan atau panas. Mereka sungguh tabah. Boleh ke saya tabah seperti mereka. Terpaksa mengambil risiko sekiranya barang yang kita jual tu tidak habis. Tak sanggup tak sanggup... :(


Apa-apa pun sesiapa yang sedang mencari-cari idea untuk berniaga pasar malam; bolehlah mendapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku berhampiran atau membeli secara online. Harga RM 16.00


Sinopsis:
Bisnes pasar malam memang menguntungkan. Bisnes ini dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja dan mempunyai pasaran yang menguntungkan. Buat Duit dengan Pasar Malam merangkumi: Pengenalan selok-belok bisnes. Alatan menjahit yang wajib ada. .Harga servis mengikut pakaian, dengan margin berbaloi. Tip pemilihan pekerja pembantu Teknik pemasaran dengan kos rendah dan efektif. Kisah dari orang yang berpengalaman. Buat Duit dengan Pasar Malam diharap memecahkan kebuntuan dan ruang menjalankan bisnes. 
Pasar malam tidak memerlukan banyak modal, tetapi menguntungkan. Terutama bagi mereka yang belum mantap ekonomi, kurang pengalaman berniaga dan ingin menjadi usahawan yang berjaya. Johar Seman bertugas sebagai guru di SMK Bersia, Grik, Perak dan berpengalaman dalam bidang penulisan buku rujukan sejak 2004. Beliau menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang menjadi peniaga pasar malam yang berjaya. 








Saturday, November 27, 2010

Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (TERBUKTI HARI INI semakin mengering dalam keadaan mendukacitakan)


Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis (Zameer Fisabilillah) ini sendiri. Insya Allah....





Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.


Dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbabperlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:



- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...

- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)

- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???

- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....

- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...

-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,

dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pern
ah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...



-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa


Apakah yang saya maksudkan dengan ayat,"TERBUKTI HARI INI"
Anda semua jangan salah faham,apa yang saya cakapkan terbukti hari ini ialah berkaitan akhbar kosmo hari ini,27.11.2010 menceritakan berkaitan "Pemimpin agama Israel minta hujan".Sedikit tatapan umum berkaitan akhbar tersebut,


BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, utara Israel pada Rabu lalu.

GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat Kibbutz Ruhama di Negev kelmarin.


TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.

Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.

Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.

Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.

Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.

Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember.Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi





Aku Tak Bodoh komedi menarik, penuh nasihat

Mesti Tonton: Teguran buat ibu bapa


2010/11/27


DIBUAT semula berdasarkan filem popular Singapura, I Not Stupid Too (2006), Aku Tak Bodoh hadir di pawagam tanah air sebagai judul komedi menghiburkan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 

Dilihat sebagai kritikan terhadap keadaan semasa dalam perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak, atau lebih tepat komunikasi keluarga, filem ini menghidangkan hiburan yang baik untuk khalayak, pada masa yang sama tidak melupakan faktor pengisian berguna.

Di samping bergelak-ketawa menyaksikan banyak babak melucukan dimuatkan di dalamnya, seperti kanak-kanak yang tidak faham konsep kehamilan dan sebagainya, Aku Tak Bodoh cuba memaparkan mesej mengenai kepentingan komunikasi yang baik antara golongan ibu bapa dan anak mereka. Kedua-duanya perlu saling berhubung dengan jelas, sebelum komplikasi timbul pada kemudiannya.
Turut diselitkan ialah teguran kepada kita semua, betapa masa untuk anak-anak seharusnya tidak dipandang remeh kerana golongan muda ini sentiasa memerlukan perhatian serta model ikutan dalam proses kedewasaan mereka. Salah percaturan, mereka mencari kumpulan lain yang dianggap lebih memahami diri masing-masing, walaupun mereka berada dalam kelompok negatif. 

Mesej itu pula sebenarnya disampaikan dalam bentuk paling mudah difahami dan senang untuk diterima. Pemilihan konsep komedi antara jalan terbaik melaksanakan hasrat berkenaan kerana selain kegirangan yang diperoleh sepanjang tayangan, penonton tidak pulang dengan minda kosong. 

Begitupun, filem arahan Boris Boo ini bukannya menjanjikan gelak ketawa sepanjang masa. Tentu sekali wujud beberapa detik yang merentap perasaan, seperti babak si kecil yang dituduh mencuri sebenarnya mempunyai niat yang jauh lebih mulia. Begitu juga adegan menyaksikan bagaimana seorang bapa (lakonan memberangsangkan Namron) yang cuba mengubah masa depan anak lelakinya, tetapi ia cuma dimengerti beberapa saat sebelum ajalnya tiba. 

Filem ini mengisahkan perihal remaja 16 tahun bernama Roy, yang menghadapi liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapa. Bapa Roy, seorang pengaturcara komputer, percaya melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya. Ibu Roy pula seorang editor majalah yang tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anak. Ibunya lebih mengharapkan si suami untuk mengawasi tingkah laku anak mereka. 

Lantaran sikap ibu bapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja nakal. Bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, 8, juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya. 

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah, menyebabkan si ibu dan bapa terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk dikawal. 

Namun, segala-gala berubah apabila ibu bapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran orang tuanya. 
  • Filem: Aku Tak Bodoh
  • Genre: Keluarga, Komedi
  • Pengarah: Boris Boo
  • Lakon layar: Hassan Muthalib
  • Penerbit: Mang, Brando Lee
  • Penerbit Eksekutif: Ahmad Puad Onah, J.S. Foo, Jack Neo
  • Pelakon: Amy Mastura, Riezman Khuzaimi, Namron, Adibah Noor, Wan Noor Aizat, Aeril Zafrel, Rohaizat Hassan, Datuk Jalaluddin Hassan
  • Tayangan: Mulai 2 Disember



Rejim Zionis roboh masjid di Tebing Barat



2010/11/27


RAMALLAH: Pihak berkuasa Israel kelmarin memusnahkan sebuah masjid di Tebing Barat atas alasan ia dibina secara haram meskipun tidak menjelaskan mengapa sekarang tindakan itu diambil sedangkan rumah ibadat itu wujud sejak 1967. 

Ahmed Al-As’aad, pegawai pemantau aktiviti penduduk Palestin di Tebing Barat berkata, sekumpulan pegawai Yahudi tiba di kampung Yarza dan memusnahkan masjid terbabit.


Mereka adalah pegawai Pentadbiran Awam Israel, sebuah jabatan tentera bertanggungjawab bagi koordinasi hal ehwal awam di Tebing Barat
Beliau berkata, beberapa pegawai Israel tiba di Yarza, tenggara Jenin dan mengisytiharkan kampung terbabit zon tentera tertutup untuk menghalang penduduk Palestin membantah terhadap pemusnahan masjid yang dibina pada 1967. 

Ahmed berkata, penduduk kawasan terbabit mempunyai dokumen membuktikan masjid itu dibina pada 1967. 

Pegawai terbabit berkata penduduk membesarkan masjid itu dengan dua bilik tambahan untuk memenuhi tuntutan penduduk yang semakin bertambah. 

Yarza menempatkan sejumlah 200 penduduk Palestin yang bekerja sebagai petani dan penternak biri-biri. 
Pentadbiran Awam Israel berkata, masjid itu dimusnahkan kerana ia dibina di Kawasan C tanpa lesen yang sah dari pihak berkuasa Israel. Katanya, rakyat Palestin biasanya membina masjid mereka di kawasan A dan B. 

Menurut Perjanjian Oslo, Kawasan A adalah di bawah pentadbiran dan kawalan keselamatan Palestin tetapi di bawah keselamatan Israel manakala kawasan C adalah di bawah kuasa penuh Israel. – Agensi




Nenek doakan Obama peluk Islam


2010/11/27


Sarah Omar



RIYADH: Nenek Barack Obama, dari Kenya yang menunaikan ibadat haji di Makkah memberitahu bahawa beliau mendoakan supaya Presiden Amerika Syarikat itu memeluk Islam, lapor akhbar di sini semalam. 

“Saya doakan cucu saya Barack supaya memeluk Islam,” kata Sarah Omar, 88, dalam temu bual bersama akhbar harian Al-Watan di Jeddah selepas beliau menunaikan haji.

Akhbar itu melaporkan Sarah berada di Arab Saudi untuk mengerjakan haji bersama anak lelakinya yang juga bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama dan empat cucu perempuannya sebagai tetamu Raja Arab Saudi.
Sarah memberitahu akhbar itu beliau hanya boleh membincangkan mengenai perkara berkaitan haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai politik Obama. 

“Saya amat gembira kerana mengingati semula apa yang diajar guru di sekolah rendah dulu yang pernah menceritakan mengenai Makkah dan Madinah ketika kami kanak-kanak,” katanya yang berasal dari kampung Koglilu di barat Kenya. 

Ketika ditanya mengenai harapan beliau terhadap kemenangan penggal kedua Obama di Rumah Putih, Sarah ketawa sambil memandang ke arah anaknya Saeed Obama dan cucu beliau. 

“Allah saja yang mengetahuinya, ia adalah masa depan yang kita tidak tahu.” Beliau juga mendoakan agar Raja Abdullah cepat pulih sambil menyifatkan pemimpin itu seorang raja yang amat baik. 

Putera Mamdouh menganjurkan majlis makan malam bagi menghormati Sarah, anak lelaki dan cucu beliau di istana di Jeddah kelmarin. 

Faisal Ambuya, sepupu Obama yang memeluk Islam di bawah bimbingan Sarah berkata: “Nenek saya amat berminat mengajak orang bukan Islam memeluk Islam dan saya belajar mengenai Islam daripadanya. 

“Apabila pulang ke kampung saya akan beritahu penduduk mengenai kekuatan Islam,” katanya. 

Bapa saudara Obama, Saeed, pula berkata beliau tidak menyangka dapat mengerjakan haji tahun ini. 

“Saya amat gembira kerana dapat mengerjakan haji. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana membawa kami mengerjakan haji.” 

Musa Ismail, anak lelaki ibu saudara Obama yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi keluarga itu berkata beliau seorang pelajar di Universiti Islam Madinah dan merasakan beliau seperti milik Arab Saudi. – Agensi