Sunday, March 25, 2012

Bersihkan Perut Lembu


Perut lembu memang sedap di makan kalau kena cara membersihkannya. Buat masak lomak cilipadi pedas-pedas letak rebung atau kerabu perut pun sodappppp...nyum nyum

Caranya, masukkan perut lembu dalam bekas. Tuangkan air sejuk. Kemudian masukkan air kapur. Kacau dan biar seketika. Lepas tu, cuci seperti biasa. ~Selera4U



Irma bertunang

RIANG... Irma diapit ibunya, Roritah Abdul Hassan (kiri) dan bakal mentua, Datin Azizah Osman pada majlis pertunangan, semalam.


SUNGAI BULOH: “Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan, di sini, semalam.


Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.

“Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan.




“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya yang ditemui semalam.

Sementara itu, ibu Rezza, Datin Azizah Osman berkata, mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.


“Bagi saya, Irma seseorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa,” katanya ~ Harian Metro





p/s: Alhamdulillah akhirnya Irma bertemu dengan pasangannya. Semoga berpanjangan hingga ke anak cucu. 




Wanita asmara depan anak


KUALA LUMPUR: Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya.


Wanita mempunyai empat cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan seorang wanita berperawakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun.




Demi menjaga maruah dan mengelak ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan dikenali sebagai Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan insiden yang mengaibkan keluarganya kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak membantu menyelesaikan kebuntuan itu ~ harian metro




p/s: Emm apa yek nak di komen. Semoga kita mendapat petujuk dan hidayah dari Allah SWT.








Saturday, March 24, 2012

Jangan Kahwini Wanita Yang Ada Sifat Ini



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.



1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

p/s: Ya Allah jauhkan lah kami dari menjadi seperti wanita-wanita yang sedemikian. Aminn


GILA !! DIVORCE HOTEL, HOTEL UNTUK PASANGAN YANG BERCERAI!



Dah bercerai, buat apa sewa hotel lagi??? kan??saje je dorang nak mengambil keuntungan…hotel ini di bina mengambil konsep perceraian untuk pasangan yang tak mau lagi mempertahankan perkahwinan mereka. Di Divorce Hotel, pasangan itu dapat menguruskan dokumen perceraian secara cepat, hanya dalam dua hari.



Untuk membantu proses perceraian, menurut pengurus hotel ini,Halfens tidak hanya menyediakan bilik untuk menginap. Dia memberikan jururunding untuk membantu perbincangan hak asuh anak, pembahagian aset, serta yg berkaitan. “Kalau ingin bilik asing, Divorce Hotel bersedia menyediakannya".




Setelah proses dokumen perceraian selesai, pasangan cerai hanya perlu berjumpa hakim untuk memperlihatkan isi perjanjian itu. Untuk proses dengan hakim, pasangan cerai hanya memerlukan waktu beberapa minggu. “Layanan ini dibuat untuk membantu pasangan cerai agar terhindar dari sengketa perceraian yang pahit dan teruk,” ujar Halfens.Hotel ini terletak di Belanda dan sedang membina rangkaian di negara maju yg lain.

p/s: apa-apa je lah labu..

TERKEJUT PUTIH TELUR BERWARNA BIRU


Kerteh - Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, di percayai telur tiruan yang di beli dari sebuah pasaraya di Paka, Dungun.


p/s:  Macam-macam cara nak menipu. Telur pun orang nak tipu. Dunia-dunia.


Lelaki Kahwin Untuk Kali Kedua Dengan Anak Patung

By Ery@GM


Everard Cunion telah berkahwin untuk kali kedua malam tadi dengan isteri anak patung keduanya. Lelaki ini telah memberitahu yang dia mempunyai  lima orang "teman wanita" yang semua adalah anak patung sebesar manusia. Daripada lima anak patung ini, Cunion telah berkahwin dengan satu daripadanya pada tahun 2008 dipanggil Caroline. Malam tadi, dia berkahwin dengan anak patung kedua daripada empat lagi yang tinggal di Christchurch, Dorset ~ 










p/s: Apa ke halnya lah..manusia macam ini pun ada. Pelikkk..



Ella Akhirnya Kahwin..



GEMBIRA hati bila dengar bunga rock Malaysia, Ella sudah pun selesai menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac lalu. Bila tiba-tiba pergi kursus kahwin, itu tanda-tanda persiapan menuju ke gerbang perkahwinan sudah hampir benar.

Kita sedia maklum yang ramai menantikan nasi minyaknya dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Kata sumber yang boleh dipercayai, Ella dan bakal suami yang hanya dikenali dengan panggilan A itu sama-sama menghadiri kursus kahwin di Pusat Bandar Damansara. Tapi masing-masing masih nak berahsia, ala-ala cover line sebab banyak mata yang memandang. Kalau tak silap, pusat kursus itu sama tempat ceramah yang dikunjungi Lisa Surihani tempoh hari.

Kata sumber lagi, Ella dan A, seorang juruterbang itu memilih untuk menamatkan zaman bujang sebelum hujung tahun ini. Maklumlah kini ratu rock negara itu sedang sibuk dengan program Mentor yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Dengarnya upacara merisik pula pada Jun nanti.

Dengar2 buah hati Ella itu tinggi lampai dan sasa orangnya. Mesti jiwa rock macam sang puterinya juga. Lepas ini selalulah Ella terbang ke sana ke mari, sebab bakal suami juruterbang.

Tumpang bahagia dan doakan semoga perkenalan dan perancangan Ella berakhir dengan kegembiraan ~ 
By Ery@GM





p/s: Kalau betul Alhamdulillah, kahwin jugak Ella akhirnya. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.





Thursday, March 22, 2012

Anak Rozita Che Wan merajuk


21 Mac – Pada hari Sabtu lalu, kecoh seketika dunia hiburan apabila anak dramatis jelita, Rozita Che Wan, Aniq Ezra dilaporkan hilang.

Walaubagaimanapun Rozita mengesahkan bahawa Aniq Ezra, 14 tahun, telah ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada rakan-rakan Aniq.

"Saya panik apabila mendapat tahu dia hilang tanpa sebab. Mujurlah dia akhirnya dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan maklumat lokasi dia berada," ujar Rozita dipetik dari laman mStar.

Tambahnya lagi, anak keduanya itu memberitahu polis yang dia lari dari rumah kerana merajuk terhadap Rozita yang melebih-lebihkan si abang (anak sulung Rozita) berbanding dirinya.

Kehilangan Aniq telah menggemparkan Twitter sekaligus menjadi trending topic di kalangan pengguna laman sosial tersebut selepas dia dilaporkan hilang.

Malah satu hashtag #PrayForAniqEzra telah diwujudkan sebagai usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir dilihat di kawasan perumahannya di USJ 11/12.
Aniq Ezra merupakan anak kedua Rozita hasil perkahwinannya dengan Azuar Effendy Zulkaply. Seorang lagi anak Rozita, Ammar Effendi, 15, sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa buli oleh pelajar di sekolahnya, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.

Disebabkan insiden itu, Rozita akhirnya menukarkan kedua-dua orang anaknya ke sebuah sekolah di Subang Jaya yang terletak berhampiran dengan kediamannya demi keselamatan mereka selepas dinasihati bekas suami Rozita ~ By Shylah Rashid

 p/s...Macam-macam kan anak-anak sekarang. Merajuk lari, keluarga tak restu lari. :(

Macam-macam

(Gambar) Emma Dumitrescu Pakai Gaun Pengantin Paling Panjang di Dunia, 3km
 
 




 
 
BUCHAREST - Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia kelmarin.

Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit.

Gaun itu direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di sini.

Pihak Guinness Book of World Records mengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. 


Sumber: NY Daily News
 
 

Tak Mengandung Pun Boleh Menyusukan Bayi..Ajaib kan!

Menghasilkan susu ibu untuk anak angkat, adakah tuntutan naluri dan nutrisi atau tuntutan syarie?




Tradisi lama diamal semula

Menyusukan bayi oleh seorang wanita yang bukan ibu kandung telah lama dipraktiskan. Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan amalan sebegitu bukan suatu amalan yang asing.

Bagi ibu yang menyusukan bayi sendiri, sudah tentu tiada masalah untuk memberikan susunya kepada bayi yang bukan anaknya, sama ada anak yatim yang kematian ibu, atau mungkin ibunya sakit tenat.

Namun sekarang ini ramai gadis yang tidak berkahwin (atau andartu) dan ibu yang tidak boleh hamil, mengambil anak angkat dan mengharapkan anak itu menjadi anak susuannya bagi membolehkan mereka menjadi mahram.

Kaedah syarie untuk menjadikan anak itu anak susuan, bolehlah merujuk dengan mana-mana agamawan. Oleh kerana saya juga mengikuti pengajian tidak rasmi (bukan di universiti mempelajari bidang syariah), dan saya diberitahu bahawa ianya diperbolehkan.

Sekali lagi harap rujuk pada ulama, saya hanya cuba memberikan kemudahan dengan cara menyampaikan nasihat perubatanuntuk mereka yang ingin menjadi ibu susuan. (Puan-puan dan tuan-tuan, jangan ‘quote‘ sebagai “Dr Zubaidi kata ianya harus dari segi syariah..please!”)

Sebelum itu, seperti biasa saya ingin mengalungkan ucapan terima kasih pada rakan-rakan yang membantu menyumbangkan pendapat pakar (professional opinion).

Antara artikel-artikel yang disarankan oleh rakan untuk rujukan ialah
1.Auerbach, K. and Avery, JL. “Induced Lactation: A study of adoptive nursing by 240 women,” American Journal of Diseases of Children, 1981, 135:240-243.
2.Jelliffe, D.B. and Jelliffe, E.F.P. “Non-Puerperal Induced Lactation,” Pediatrics, 1972, 50:170-171.
3.Sutherland, A. and Auerbach, K. “Relactation and Induced Lactation,” Lactation Consultant Series (Unit 1), 1985, La Leche League International.
 

Berikanlah kasih sayang, bukan susu saja…

Penyusuan bayi yang bukannya anak sendiri dicatit dalam Ianya juga tercatit dalam artikel “Human Milk in the Modern World”, Oxford University Press, New York, 1978 (.Jelliffe, DB and Jelliffe, EFP)

Penyusuan ini sebegini bertujuan untuk survival bayi itu itu. Menurut artikel itu, pada masa dahulu, ramai bayi-bayi kecil dan yatim telah terbiar mati disebabkan kekurangan zat makanan. Bayi-bayi itu tidak diberikan susu ibu akibat ketiadaan ibu mereka, sama ada telah meninggal dunia, sakit atau telah diberikan oleh ibu mereka akibat kedudukan ekonomi yang melarat.

Kehidupan bayi-bayi itu terbiar dan tidak diberikan susu ibu di awal usia mereka. Maka langkah pemberian susu ibu oleh ibu-ibu yang lain membolehkan bayi-bayi ini dipelihara kebajikannya. Keadaan ini berubah setelah susu formula diperkenalkan.

Sebenarnya terlalu banyak kebaikan dari penyusuan ibu. Ianya bukan setakat membekalkan nutrisi makanan pada bayi. Apa yang penting ialah penyusuan ibu harus disertai dengan peluk dan belai yang menyebabkan terjalinnya perhubungan (bonding) antara seorang anak dan ibu.

Keistimewaan keakraban yang diberikan sukar digambarkan. Maka saya amat menggalakkan pemberian susu ibu oleh seorang ibu kepada anaknya, walaupun kuantiti susu terlalu sedikit, kerana hubungan ini amat penting terutama pada bayi mereka.

Saya sendiri pernah merasakan keseronokan untuk berbaring di riba ibu semasa berumur tiga tahun, merasakan kasih sayang ibu, kadang kala merasa kerinduan untuk berbaring di situ, hanya mengharapkan pengalaman berkasih sayang dengan ibu, walau pun ketika itu tidak ada lagi susu ibu yang diberikan.

Bagaimana susu ibu dikeluarkan?

Untuk pengeluaran susu, dua hormon yang amat diperlukan iaitu prolactin dan oxytocin. Kedua-dua hormnon ini dikeluarkan oleh kelenjar pitutari bukan kelenjar ovari atau organ rahem (uterus).

Sementara hormon estrogen yang sangat diperlukan untuk mengandung atau mungkin dibekalkan pil perancang keluarga adalah hormon yang menghalang pembentukan susu.

Prolactin adalah hormon yang digunakan untuk menghasilkan susu sementara oxytocin pula adalah hormon untuk mengeluarkan (release) susu ibu. Hormon Oxytocin adalah hormon yang dikeluarkan akibat ransangan kepada puting (nipple suckling).

Ini bermakna jika seorang wanita tidak mengandung atau rahemnya bermasalah disebabkan penyakit atau telah dibedah buang melalui proses hysterectomy wanita itu masih lagi mampu mengeluarkan susu ibu sendiri.

Rawatan hormone atau rangsangan puting?

Banyak kaedah yang digunakan oleh para doktor untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Namun ramai doktor yang mengambil mudah memberikan ubat berupa il pada wanita itu, tanpa memberikan nasihat dan panduan yang betul.

Natijahnya ramai wanita yang putus asa, akibat hanya mengharapkan keajaiban dari pil yang diberikan. Harus difaham fisiologi badan kita tidak semulamembalik tapak tangan. Ianya memerlukan rawatan yang berkekalan dan nasihat serta motivasi dari doktor yang membekalkan ubat itu.

Sekali lagi saya mengharapkan agar rakan doktor bukan setakat memberikan pil tetapi memberikan panduan yang lengkap. Untuk mereka yang memerlukan nasihat saya, insy Allah saya akan menyiapkan panduan yang lengkap nanti.

Ada beberapa teknik penghasilan susu ibu, iaitu dengan menggunakan ubat pil dan satu lagi ransangan puting. (Kedua-dua teknik ini saya akan tuliskan dalam buku panduan itu secara detail,insya Allah)

Cuma yang mahu saya tekankan ialah walau pun rawatan ubat pil yang digunakan untuk merangsangkan pembentukan susu, namun teknik merangsang puting haruslah digunapakai juga. Ini akan mengurangkan kesan sampingan ubat pil itu selain cara teknik ransangan puting adalah mudah dan berkesan.

Teknik ransangan puting ini termasuk urutan payu dara, urutan puting dan menghisap puting sama ada oleh bayi atau mesin pam payudara.

Rawatan ubat haruslah diberikan oleh doktor

Saya mengharapkan agar selepas membaca artikel ini, tidak ada wanita yang cuba pergi ke farmasi untuk membeli dan menggunakan ubat yang saya sebutkan. Saya tidak akan bertanggungjawab atas tindak sendiri yang puan-puan akan lakukan. (Sila rujuk disclaimer).

Tujuan saya memberikan fakta sebagai panduan yang mana puan-puan boleh berbincang dengan doktor keluarga atau doktor peribadi puan.

Rawatan hormone yang dibiasa digunakan ialah rawatan estrogen yang digunakan untuk menyerupai (mimicking) kehamilan. Rawatan ini dihentikan serta merta agar tahap kepekatan hormon itu tiba-tiba jatuh rendah.

Keadaan ini menyerupai seolah-olah wnita itu sedang hamil dan kemudian melahirkan anak. Ubat yang menggalakkan pengeluaran prolactin kemudian diberikan (nama ubat bolehlah consult mana-mana doktor atau saya sendiri. KKM tidak membenarkan preskripsi diberikan secara umum). Selepas itu barulah ransangan puting (sucking stimulation) dilakukan.

Susu tidak keluar secara serta merta

Pengeluaran susu selalunya bermula antara seminggu hingga sebulan selepas ransangan puting dilakukan.

The Journal of Tropical Pediatrics 1994 40:240-242 menerbitkan satu artikel Induced Lactation: A Study of 37 Non-puerperal Mothers memberitahu bahawa pengeluaran susu menggunakan rawatan ubat biasanya antara lima hingga tigabelas hari, serupa dengan pengamalan ransangan puting. Ini bermakna seseorang itu boleh mengamalkan ransangan putting saja jika bimbang akan kesan sampingan ubat yang diambil, namun tekniknya haruslah betul.

Perubahan pada payudara

Perubahan awal yang berlaku adalah penghasilan susu setitik dua. Kemudian wanita itu merasakan perubahan warna puting dan kawasan sekitarnya (areolar). Payudara terasa sakit dan penuh. Sesetengah waita merasakan haus dan perubahan pada nafsu sex (libido) dan kitaran haids.


Adakah susu ibu yang dihasilkan itu serupa dengan susu ibu yang melahirkan?
Persoalannya yang sering ditanyakan adakah susu ibu yang dihasilkan dengan cara ini mempunyai nutrisi yang cukup untuk pertumbuhan bayi (infant growth) ?
Satu kajian menarik diterbitkan dalam The Journal of Pediatrics 1980, kajian bertajuk “Protein Values of Milk Samples from Mothers without Biological Pregnancies,” oleh Dr R. Kleinman mendapati komposisi protein susu yang dihasilkan secara ransangan ini sama dengan komposisi purata protein yang dihasilkan oleh ibu yang hamil.

Cuma kandungan nilai kepekatannya kurang. Ini bermaksud dalam susu ibu, bermakna susu itu mengandungi protein tetapi kepekatannya kurang. Kekurangan ini ketara pada kandungan albumin, antibodi immunoglobulin dan lactalbumin. Komposisi nutrisi itu banyak terdapat pada susu yang dihasilkan pada peringkat kolustrum.

Namun kajian yang dilakukan oleh Dr Kleinman menumpukan terhadap kandungan protein saja, tidak meneliti terhadap kandungan lain seperti kandungan lemak, karbohidrate dan mikronutrinyang lain.

Kolustrum susu ibu

Kolustrum (Colostrum) adalah susu yang dihasilkan oleh kelenjar mamary (payudara bagi manusia) di akhir peringkat kehamilannya. Kebanyakan mamaliamenghasilkan kolustrum dalam masa sehari selepas atau sebelum kelahiran bayi.

Kolustrum kaya dengan protein, vitamin A dan sodium klorida, namun rendah kandungan karbohidrat, lipid dan potassium berbanding dengan susu yang normal. Ianya juga mempunyai bioaktif komponen seperti hormon growth factor dan antibodi yang melawan kuman dan virus.

Menghisap puting saja tidak mencukupi untuk mengeluarkan colustrum. Ia memerlukan ransangan dari hormone yang dignakan semasa mengandung.

Ini bermakan susu yang dihasilkan oleh ibu yang tidak mengandung tidak melalui fasa colastral dan ianya menyerupai susu ibu yang matang.


Persoalan nutrisi atau syarie?

Namun kebanyakan wanita yang bertanya tidak berapa berminat dengan kandungan nutrisi susu yang dihasilkan itu walaupun tidak sempurna berbanding dengan susu yang dihasilkan oleh wanita hamil. Kekurangan ini ditampung dengan susu formula.

Persoalan syarienya, sudah semestinya apabila syarat menyusu dipenuhi, ianya akan dikira sebagai ibu susuan. Namun harus difaham, kaedah syarie itu ditetapkan kepada susu yang dihasilkan oleh ibu yang hamil. Susu yang dihasilkan oleh proses kehamilan mempunyai nutrisi yang cukup lalu bayi tadi mendapat faedah.

Masalah yang timbul sekarang, adakah susu yang dihasilkan oleh ibu yang tidak hamil juga dikira sebagai susu yang memenuhi kriteria untuk menjadi ibu dan anak susuan?

Wallahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (040610)


p/s..saya cukup kagum dengan kegigihan ibu-ibu angkat untuk menyusukan bayi angkat mereka. Semoga usaha ibu-ibu semua berjaya. Aminnn..


 

Wednesday, March 21, 2012

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Maaf Jika Aku Tak Sempurna
ISBN:- 978-967-5067-98-3
SEMENANJUNG: RM 34.00 AHLI KN: RM 30.00
SABAH/SARAWAK: RM 37.00 AHLI KN: RM 33.00

Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?
 
 
p/s - Sudah ada di pasaran. Karya dari acik lana ni mmg beshhhh.....Kalau lah pandai berkarya macam acik lana ni bestt nya. Acik lana bagi lah idea macam mana nak menulis novel. Tapi tulis cerpen pun terketar-ketar nak tulis novel. huhu
 
 
 

Monday, March 19, 2012

Hari ini hari apeee?



Hari ni hari Isnin..orang kata Monday Blues. G keje muka lemau jerk..



Teringat-ingat bantal dan selimut. Lagi-lagi sekarang ni hujan..sejuk. Sedap tidooo woooo. Hehe.



 Jalan pun dah macam beruang kutub...men sondolll jer...



Tapi walau macam mana pun kita tetap kena jalan kan kewajipan kita kan. Semangat beb. Bersyukur kita masih ada kerja. Ada orang tu susah kemain nak dapat kerja. Bila kita rasa mengantuk tu buat-buat lah bersenam. Jangan jadi cam beruang kutub tu yer....chowwwww




Sunday, March 18, 2012

Petua lagii..

Petua segarkan mata

Ambil dua uncang teh yang sudah digunakan dan lekapkan pada kedua-dua belah mata selama 5 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar.


Hilangkan lebam bawah mata

Ambil sebiji timun dan hiris dengan ketebalan sederhana. Kemudian tekapkan hirisan timun tadi pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit. Selain timun, anda boleh juga menggunakan buat tomato.


Redakan mata yang gatal

Ramas beberapa helai daun sirih dan rendamkan di dalam air suam selama 10 minit. Kemudian, tapis air tersebut. Gunakannya untuk mencuci mata anda sehingga rasa gatalnya berkurangan.


Sembuhkan sakit mata


Jika anda mengalami sakit mata ambillah satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air. Kacau garam tersebut sehingga larut. Kemudian, masukkan muka ke dalam air campuran garam tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali. Hasilnya sakit mata anda akan berkurangan. 







Ribut Matahari




DUNIA dikejutkan dengan peristiwa ribut matahari yang berlaku awal tahun ini. Namun baru-baru ini sekali lagi kejadian itu berulang dan dikatakan antara yang paling kuat dalam tempoh enam tahun.


Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari dan seterusnya mengakibatkan letusan.


Kesan radiasi akibat letusan tersebut akan menghentam Bumi dengan tiga kesan yang berbeza dalam tempoh yang berlainan. Ia akan menyebabkan gangguan kepada satelit dan angkasawan yang berada di angkasa lepas. Selain itu ia juga akan mengakibatkan gangguan komunikasi untuk kapal terbang yang sedang melakukan penerbangan.


Ribut suria juga boleh menghasilkan cahaya utara ataupun aurora yang menakjubkan di langit sehingga jauh ke selatan dan bahagian utara hemisfera Bumi. Jika berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga akan dipantau.


Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi, ia mengakibatkan ribut geomagnetik. Ribut matahari biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa.


Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan ~ Utusan




Ya Allah. Seram jugak kan. Semoga hamba-hamba mu ini di lindungi dari malapetaka dan bencana Ya Allah. Aminnn







Sara kaji Islam sebelum syahadah


MEMBACA al-Quran merupakan satu sumber yang membuka pintu hati Sara kepada Islam. - Gambar hiasan
IBU bapa saya mengatakan bahawa orang Islam itu berperangai buruk, pengganas dan suka menyeksa orang lain. Jadi pandangan saya tentang Islam adalah negatif.

Rupa-rupanya saya silap! Pertama kali saya mendengar tentang Islam ialah kira-kira tiga tahun yang lalu. Pada waktu itu saya berada di sebuah sekolah menengah dan ramai di kalangan teman-teman sekolah saya adalah orang Islam.


"Mereka sangat baik, peramah dan mengambil berat. Ada sekali itu, saya terdengar mereka bercerita tentang Tuhan mereka. Secara curi-curi dengan, saya dapati mereka sangat menyayangi agama mereka.


"Bermula dari situ, saya mula berminat untuk mengenali siapa tuhan bagi orang Islam. Lantas, saya mula mencarinya menerusi bahan-bahan bacaan dan menerusi Internet. Saya terkesima apabila mendapati bahawa apa yang disentuh di dalam Islam itu diterima akal belaka."


Itu cerita Sara membuka bicara detik awal yang membawa kepada Islam.


Mungkin ramai yang berasa pelik pada usia 11 tahun Sara sudah mula mencari maklumat tentang agama. Sedangkan lumrah remaja seusianya hal berkaitan agama langsung tidak pernah diendahkan.


Namun, akui Sara, oleh kerana dia dibesarkan dalam pegangan agama Kristian yang kuat, tidak hairlanlah pada usia muda dia telah mula mengkaji pelbagai agama, sebelum mengambil keputusan untuk memilih pegangan agama yang dirasakan betul dan benar.


Malah dia pernah diajukan persoalan tentang pandangan ramai yang beranggapan wanita Islam sentiasa ditindas dan perlu dibebaskan.


Semua itu adalah salah belaka kerana katanya, wanita Islam jauh lebih bebas dan ada hak-hak mereka yang jelas.


Malah dalam al-Quran sendiri ada beberapa surah khas buat kaum Hawa.


"Yang sebenarnya, ramai yang tidak perasan atau mungkin tidak tahu bahawa wanita Barat adalah golongan yang lebih ditindas secara rela. Kenapa saya kata begitu? Kerana mereka terang-terangan telah dipotretkan sebagai simbol seks.


"Lantas, mereka terpaksa menggunakan aset tersebut untuk mencapai pelbagai matlamat dalam hidup. Yang mana hakikatnya, ini merupakan sesuatu yang jelas satu penghinaan kepada kaum wanita. Apabila datangnya Islam, wanita itu telah dipelihara hak-hak mereka," jelas Sara yang masih merahsiakan pengislaman diri daripada pengetahuan kedua-dua orang tuanya.


Kata Sara lagi, dia mungkin berbuat demikian kerana masih dibelenggu dengan perasaan takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sekiranya rahsia yang disimpan itu bocor.


"Saya akan memberitahu mereka bila tiba masa yang sesuai. Buat masa ini saya rasa lebih selesa dan selamat jika mereka tidak mengetahuinya. Tetapi apabila mereka tahu, saya pasti akan bertudung selepas itu." - Utusan


Alhamdulillah..harap-harap kita yang memang di lahirkan Islam lebih berpegang teguh pada tali-tali Allah. Aminn


Macam-macam ada

Teringat-ingat kelmarin makan nasi kerabu; kira dalam seumur hidup ni baru dua kali makan. Memang cccedap sehingga menjilat semua jari (terima kasih en ayam). Arini nak perkenalkan sesiapa yang tak pernah perasan kewujudan nasi kerabu (ada ke orang tak pernah tau).


Tuh dia..nasi berwarna biru ini biasanya di temani keropok, ikan kembung bersalut tepung, budu, sambal kelapa goreng, ulam dan telur masin..wallaaaaaa....di makan bersama solok lada pun sodap.


Ok sekarang kita mai tengok nasi apa lagi yang biasa saya makan....


Waaaa Nasi lemak. Sedapnyaaaa terliur ni.  Di makan dengan sambal udang ke sambal petai ke sambal kerang atau rendang. Nyum nyum.


One of my favourite. Nadi dagang. Ada orang makan dengan ikan kayu atau ikan tongkol. Ada jugak makan dengan ayam. Mana-mana pon sodap.



Emmmm yam yam...Nasi Ayam. Kalau kat Senawang. Ada sebuah restoran ni Restoran Kak Ana lotak lotak abih. Sodap nasi ayam dio. Nasi ayam rumah saya pun sodap he he he


Nasi beriyani gam mariiiiiii.....Manyak cedapppp


Nasi putih..kot ada yang tak tahu hehe...boleh di makan dengan berbagai-bagai jenis lauk. 


Nasi ulam...sedap jugak nasi ni tapi kena cari bermacam-macam daun daaaa


Emmmmm nasi minyak...baru lepas makan kat umah orang kahwin.


Banyak lagi nasi-nasi yang ada di malaysia ni. Tapi saya tau yang di atas tu jer huhu. Tak per tak per nanti saya cuba mendalami nasi yang lain ye di lain waktu yang tidak sama hehehh...adiosss



Thursday, March 15, 2012

Anytime, anywhere..


Pagi tadi masa on the way pergi kerja, nampak ramai orang kat traffic light. Dah jangka mesti ada kemalangan. Kereta Myvi dengan dua buah motor tersadai tepi jalan.

Kesian tengok budak perempuan tu di usung masuk ke dalam kereta untuk di bawa ke hospital. Masih ada lagi insan yang perihatin untuk menolong. Yang lain duk memandang dari jauh macam ada pesta pulak.

Tolong lah hati-hati, kalau setiap pemandu tu berhati-hati InsyaAllah tiada kemalangan yang berlaku.


Sayto Accident




Wednesday, March 14, 2012

Damaiiiiii nyaaa......

Tengah-tengah penat buat kerja ni apa kata kita bayangkan yang kita bercuti di tempat ini..wahhhh mendamaikan...






Tikehau Pearl Beach Resort

Tenteramnya kalau dapat pergi kesana, jauh dari kertas-kertas atas meja nih. Bilalah agaknya dapat pergi. Hummmmm.......





Nak kurus nak kurus




Hari ni dengan penuh semangat saya mengambil dua scoop HL perisa capuccino untuk breakfast bersama 250ml low fat fresh milk.


Dan bila lapar saya minum oats.


Sejak-sejak bila pakai baju pun dah tak selesa, baru perasan yang badan tu dah menjadi-jadi. Dah macam belon tp bukan belon kecik tu tapi belon panas tu... Huhu bukan senang nak turun kena berkorban ikan patin masak tempoyak woo. Harap-harap semangat ku kuat..coollllll



Tuesday, March 13, 2012

Grappp gruppppp...:))


Tips Ulam/Buah Kekal Rangup



Rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.

Note : Kalo buah epal pun boleh