Friday, April 13, 2012

Berakhirnya kisah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan



Pergolakan dalam rumah tangga mereka sudah pun menemui noktahnya apabila Aidil memfailkan perceraian ke atas Rita dan memaklumkan tindakan itu kepadanya menerusi SMS, baru-baru ini.

SETABAH manapun seorang wanita itu, air mata pasti akan menitis apabila melihat anak-anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa itu menjadi mangsa perpisahan yang berlaku.

Itulah yang dapat digambarkan pada majlis hari jadi Rita yang berlangsung tanggal 11 April di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur di sini, kelmarin.

p/s ~ semoga Rita Rudaini akan terus tabah dalam membesarkan anak-anaknya tanpa Aidil.

Wednesday, April 11, 2012

Siapa nak 100 K???


Kalau dapat sahkan Datuk K berkahwin lain, ganjaran 100k menanti anda....wowwwww!!















10 Apr – Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K ) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.
Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.
Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti.
Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara; Dato' Siti Nurhaliza.
"Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut."
Katanya lagi, "Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."
Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza selain dia menerima banyak peluang dalam menerbitkan drama untuk stesen televisyen swasta.


Sunday, April 1, 2012

Say NO to






Kembar hasil sejuta kombinasi ibu bapa





LONDON - Seorang berkulit cerah, seorang lagi berkulit sawo matang dan sepasang anak mata yang berlainan warna.

Mereka mungkin berkongsi senyuman manis, tetapi sekali pandang, pasangan kembar tujuh tahun itu begitu berbeza sekali.

Sewaktu dilahirkan, Kian dan Remme hanya berbeza warna rambut, namun langsung tidak menunjukkan sebarang perbezaan warna kulit dan anak mata.

Ibu mereka, Kylee Hodgson dan bapa, Remi Horder memberitahu, lama-kelamaan kulit Kian berubah kepada sawo matang termasuk anak matanya daripada berwarna kebiru-biruan kepada hitam pekat.

“Bagi saya mereka merupakan kanak-kanak yang normal dan kembar saya ini memiliki mata yang cantik,” kata Kylee, 25.

Pasangan suami isteri itu mengakui memiliki genetik keluarga campur iaitu kulit putih dan hitam.



“Ramai bertanya kepada saya mengapa pakaian mereka serupa? Jawapannya, mereka ini adalah kembar. Pada mulanya ia agak menjengkelkan tetapi masyarakat mula menerima dengan hati terbuka,” katanya ~ Sinar




ps: hmmm 

Hanya....






Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya, Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor HARTA, faktor KEKAYAAN. Walaupun itu boleh mejadi penyumbang, tetapi itu BUKAN segala-galanya.

Betapa ramai orang yg berada dalam rumah yang besar dan tidur di atas tilam yg empuk tetapi lena nya tidak nyenyak berbanding orang yg tidur di dalam pondok buruk berlapikkan tikar ...mengkuang.

Betapa ramai orang yg dihidangkan dengan makanan yg enak pelbagai jenis lauk pauk yg sedap. tetapi kekadang lidahnya tidak terasa enak berbanding orang yg hanya ada satu atau dua mata lauk shja.

Dan semua orang sangka jika orang ada rumah yg besar, kereta mewah, hidangan yg sedap dan duit yg banyak.. tentu hidupnya tenang dan bahagia. BELUM TENTU !.


kata Hamka. " Lihat lah bagaimana Allah membahagi- bahagikan Nikmat.

Firman ALLAH :

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (QS. 13:2 )




Doa'a Sebelum Tidur


Lagu "Bawaku Pergi" Zizan & Kaka diharamkan??




KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Raja Lawak dan Kaka akan diharamkan atau sebaliknya hanya akan diketahui dalamtempoh seminggu lagi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini, lagu itu hanya digantung buat sementara waktu sehingga siasatan sepenuhnya selesai dijalankan.

"Kita masih menjalankan siasatan dengan mengenal pasti sama ada lagu tersebut secara langsung menghina agama, budaya atau moral.

"Kerajaan akan bersikap teliti dan adil sebelum sesuatu lagu itu diharamkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai lagu tersebut yang digantung siaran buat seketika ekoran liriknya yang mendatangkan kon troversi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pen cipta Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M. Daud Wahid berkata, lagu tersebut wajar diharamkan jika liriknya boleh mendorong anak muda terutamanya remaja perempuan untuk lari dari rumah.

- Kosmo