Sunday, April 10, 2011

Sanggul Yang Haram?



'Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan... Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah SAW.'

 










'Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi SAW “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain (Syarah Soheh Muslim). Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi SAW dalam hadis di atas, berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.'


 














'Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi SAW apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai.'




Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."





Tarian Poco Poco Haram







Korang kenal ke tarian poco-poco? Pernah menari tarian ni? Saya pernah le lihat dorang menari tapi tak pernah le try...pemalu le katakan..hehe




Seingat saya, selepas tahun 2007 tarian poco-poco ni dah jadi suatu kemestian dalam mana mana perjumpaan komuniti surirumah, kursus badan-badan kerajaan serta majlis-majlis perkahwinan.




Ada yang mendakwa tarian poco-poco sebenarnya berasal dari Filipina bukannya Indonesia. Tarian ini ditarikan oleh golongan kristian di dalam gereja ketika melakukan sembahyang mingguan mereka. 




Rahsianya? Semuanya terletak pada pergerakan tarian ini yang dikatakan membentuk seperti tanda salib. Perasan kah anda?




Yang terbaru sekali, tarian atau senaman poco-poco ini telah pun diharamkan di Negeri Perak. Kita tunggu apa perkembangan dari negeri-negeri lain nanti.



Friday, April 8, 2011

Telur Palsu....





Rasanya dua atau tiga hari lepas ada keluar mengenai telur tiruan di pasaran. Saya tahu melalui fb. Namun kemudian apabila membacanya saya teringatkan telur tiruan ini sudah lama ujud. Rasanya sekitar tahun 2008 atau 2009 saya ada mendapat email mengenai telur tiruan ini. Ingat tidaklah sampai ke Malaysia cuma di China sahaja. Rupanya sampai ke sini. 


Kulitnya dikatakan mudah pecah

















Susah nak bezakan mana betul atau tidak
  












Dikatakan telur palsu bila digoreng banyak buih. Hairannya kenapa orang nak buat telur palsu ya. Telur bukanlah mahal sangat. Silap-silap buat lagi mahal daripada telur biasa. Manusia-manusia, ada yang original masih mahu membuat yang palsu.









Sunday, April 3, 2011

Senaman Mukee :))

Rokok Dan Motosikal:




Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tok.”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”

Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tok merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”










10 ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA


Assalamualaikum...

Sabda Rasulullah S.A.W: 
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu 
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, 
dan barang siapa yang tidak memelihara solat, 
maka sesungguhnyasolat itu tidak menjadi cahaya, 
dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat 
baginya". "10 orang yang solatnya tidak diterima
oleh Allah S.W.T, antaranya:

1.  lelaki yang solat sendirian tetapi tidak membaca sesuatu.

2.  lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan 
zakat.

3.  lelaki yang menjadi imam tetapi makmum membencinya.

4.  lelaki yang melarikan diri.

5.  lelaki yang minum arak tanpa mahu bertaubat.

6.  perempuan yang suaminya marah padanya.

7.  perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai 
tudung.

8.  Imam@pemimpin yang sombong dan zalim.

9.  orang-orang yang suka makan riba.

10. orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari 
melakukan perkara yang keji dan mungkar.





















Tuesday, January 25, 2011

5 Faktor Kerosakan Hati

Sama seperti otak, hati merupakan organ terpenting dalam tubuh kita. Menjaga hati seperti menjaga nyawa kita. Di bawah adalah faktor hati kita menjadi rosak. Kadangkala faktor ini kita lakukan tanpa kita sedari dan menjadi habit harian kita. Oleh itu, kita harus berwaspada dengan perkara di bawah:













1. Tidur terlalu lewat dan bangun terlalu siang adalah penyebab utama.

2. Tidak buang air di pagi hari.

3. Terlalu banyak makan.

4. Melewatkan sarapan.

5. Makan terlalu banyak ubat.

6. Terlalu banyak makan bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan pemanis buatan.

7. Makan minyak goreng yang tidak sihat.
Kurangkan kegunaan minyak ketika menggoreng. Minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Jangan makan makanan yang digoreng ketika anda lelah, kecuali jika badan sangat fit.


8. Makanan mentah bagus untuk hati.
Sayuran harus dimakan mentah atau dimasak sekejap. Sayuran yang digoreng harus dimakan segera, tidak elok menyimpannya.


Kita harus mencegah hal ini tanpa perlu tambahan kos. Kita hanya perlu mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik dan mengubah kebiasaan makanan kita. Mempertahankan kebiasaan makan yang baik dan keadaan waktu sangat penting bagi tubuh kita untuk menyerap dan menghilangkan zat kimia yang tidak diperlukan.


Mengenali Sifat Seorang Penghuni Syurga

Oleh Ibrahim Abdullah

KEJAR IBADAT: Kebersihan hati kunci membuka pintu syurga dalam ibadat, kehidupan.

Kebersihan hati kunci buka pintu amalan baik memasuki alam tertinggi

KISAH menarik perlu dihayati bakal penghuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW kepada sahabat, “Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk.” Mendengar khabar itu semua mata btertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa.

Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan air wuduk. Penampilannya biasa saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dimiliki orang itu hingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.

Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya. Tiga hari tiga malam, Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja.

Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah. Ia pun bertanya, amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, “Apa yang engkau lihat itulah.”

Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam.”
Ada banyak teladan dalam kisah itu. Namun yang pasti, hanya orang bersih hati yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan (iaitu) di hari harta dan anak pinak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (Surah as-Syu’araa, ayat 78)

Kebersihan hati adalah kunci untuk membuka pintu syurga. Sekecil mana pun amalan, tetap akan dapat memasukkan orang ke syurga, asalkan ia memiliki hati bersih. Sebaliknya, sebanyak mana pun amalan, tidak akan bererti sama sekali apabila kita memiliki hati penuh penyakit.

Abu Umamah layak diteladani. Ia bukan sahabat terkenal seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin ‘Affan atau Ali bin Abi Talib. Ibadatnya tidak tersohor seperti Abu Darda’, Abdul Rahman bin ‘Auf, Salman al-Farisi, juga beberapa sahabat lainnya.
Namun darjatnya di mata Allah dan Rasul-Nya demikian tinggi, hingga Rasulullah SAW menyatakan ia sebagai calon penghuni syurga kerana hatinya bersih daripada penyakit, kebencian dan dendam. Sehingga semua amalan kebaikannya tetap utuh dan bernilai di hadapan Allah.

Oleh itu, selain sibuk memperbanyak amalan kebaikan, hendaklah menjaga hati daripada penyakit membahayakan kerana sia-sia saja menghiasi diri dengan amalan wajib mahupun sunat sedangkan hati tidak pernah dibersihkan. Sebaliknya walaupun amalan kita biasa saja, namun hati bersih, maka nilainya akan jauh lebih tinggi di hadapan Allah.

Walau bagaimanapun syaitan tidak akan duduk diam tetapi berusaha menghancurkan amalan baik sedang dikerjakan hamba. Maka sedang kita sibuk mengerjakan amalan, jangan lupakan hati. Lindungi daripada penyakit yang membinasakan amalan.

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong.
Imam al-Ghazali dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.
Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah.
Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ketiga, riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan. Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak.

Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya. Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa’um, ayat 4 – 6)
Kerana tidak ada kebersihan hati, banyak orang jadi hina dan sengsara. Allah menciptakan wang supaya manusia dekat dengan Allah. Wang yang dikurniakan disedekahkan, berzakat dan menolong orang sehingga darjat meningkat di sisi Allah.

Namun sebaliknya, banyak menjadikan dirinya hamba wang, demi mencari wang dia sanggup menipu orang, mencuri, rasuah, menculik, menyorok dan menaik harga barang serta bersubahat. Inilah menyebabkan hati seseorang tidak bersih dan menghapuskan segala amalan kebaikan dikerjakannya.

Justeru, amalan seseorang menggambarkan kebersihan hati nurani kerana sifat ujub, takbur, dengki dan rasa dendam menyebabkan halangan serta gangguan untuk seseorang itu menjadi penghuni syurga.


~ Semoga kita mendapat manfaat...