Sunday, April 17, 2011

Rahsia Tarikh Lahir

Tahukah anda, kajian yang dilakukan mendapati tarikh anda dilahirkan sedikit sebanyak mempengaruhi perangan dan tabiat anda dan juga sedikit sebanyak menunjukkan bagaimanakah diri anda yang sebenarnya.?

Tidak percaya.? cuba tengok entri bawah ini kemudian anda nilaikan sendiri dengan diri anda. Samada berbeza sama sekali, hampir² atau memang tepat untuk diri anda.

Entri bawah ini bukanlah merujuk kepada ramalan atau tilikan yang tepat sepenuhnya. Semuanya adalah kajian dan perbandingan semata².

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian
terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang
kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta
kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud
keserasian.

2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb,
kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas
orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah
soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa
yang mampu mengubahnya.

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam
menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup
namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk
meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan
untuk didekati.

4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini
terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab
itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat
keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu
saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu
kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun
kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang
yang kamu sayangi.

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang
cukup menarik hati.Tidak hairanlah bila ramai yang
cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu
banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar
berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati
dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu
juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya
siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu
mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata
saja!

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga
personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai.
"Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah
tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.


10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang
yang sangat mementingkan keluarga daripada
segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam
keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini
kadangkala membuatkan buah hati terasa diri
terpinggir!

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin
dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah
kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian.
Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini
terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan.
Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan
setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh
minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang
positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun
dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak
tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu
amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah
segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak
menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.
Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam
senarai hidup kamu!!

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka
mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun
apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus
bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia,
sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last
minutes'.

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap
mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini
membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu
itu. Cuba kawal sikit.

17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain
berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang
kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan
sebenar kamu.

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih
lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam
perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu.
Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan
kata sayang.

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang
kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan
cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan
persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja
yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul
pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan
ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak
kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap
diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu
berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu
tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang
amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup
sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang
yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di
sampingnya.

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan
orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering
terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si
dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam
hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri.
Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai
hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar
mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu
ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu.
Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan
tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah
kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada
orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik
wasangka !!!!

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di
kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam
keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si
dia tanpa disedari.

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen
dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan
apa yang kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca
pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk
beralah!!!!

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.
Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang
termasuk si dia yang setia!!!!

Ok, kalau anda sudah baca rahsia anda pada hari dilahirkan, apa kata anda baca pula rahsia bulan anda dilahirkan..



Sekadar pengetahuan..:)

The Choice is Yours

Dalam hidup, kita sentiasa mempunyai pilihan, ataupun peluang untuk sesuatu. 
Tidak kira samada pilihan itu melibatkan diri sendiri, ataupun orang lain. 


Disebabkan wujudnya pilihan ini, anda pada ketika itu perlu membuat keputusan. 
Dan keputusan yang anda hendak buat, semestinya terdapat banyak faktor sekeliling yang mempengaruhi. Dan ada kalanya kita terpaksa buat keputusan yang begitu strict.



Andaikan anda berhadapan dengan situasi sebegini.

> Anda dan seorang lagi kawan anda memancing di tengah lautan menggunakan sebuah sampan yang memang boleh memuatkan hanya untuk dua orang. Jika lebih 2 orang, sampan anda boleh karam. Ketika di tengah lautan, anda terserempak dengan seorang nelayan yang sampannya sedang bocor dan air mencurah² masuk ke sampannya yang sedang bocor itu. Dia merayu² meminta pertolongan anda. <

Apa keputusan yang anda akan buat.?

1 ) Tolong - Walaupun anda tahu risikonya
2 ) Biarkan - Kerana anda tahu risikonya

Sebelum korang baca seterusnya (berdasarkan pandangan saya), apa kata kalau anda pikir dahulu apa keputusan yang anda akan buat untuk situasi di atas, Tolong atau Biar..?

Ok, berikut adalah keputusan yang saya akan buat jika saya berhadapan dengan situasi di atas..

Keputusan saya adalah :
Biarkan.

Terasa seperti agak kejam bukan kerana membiarkan orang yang meminta tolong kan. Tetapi itulah keputusan yang terpaksa saya buat.





Kenapa biarkan.?

- Kerana risikonya memang terang - kalau tolong sampan yang dinaiki juga akan tenggelam


- Lebih baik biarkan seorang, berbanding ketiga-tiga bermasalah.


- Pastikan yang ada selamat dahulu sebelum selamatkan yang lain.


- Tahu ianya melibatkan nyawa dan perasaan, tetapi disebabkan melibatkan nyawa dan perasaan, dalam situasi ini nelayan itu perlu dibiarkan.


- Kalau anda biarkan, seorang mati lemas. Kalau tolong, ketiga² mati lemas termasuk anda. So, kalau anda tolong, sebenarnya anda bukan menolong.


- Kasihan.? - pikirkan keselamatan anda dan kawan anda.

Note: Situasi di atas adalah satu andaian untuk mengetahui bagaimana anda membuat keputusan. Pelbagai lagi situasi yang memerlukan anda membuat keputusan yang sangat kritikal, bagi saya perlu memikirkan diri sendiri dan orang yang berada dalam zon selamat dahulu. Walaupun untuk kedua-dua keputusan itu tiada yang 'salah' secara nyata.


---------------------------------------------------

Keputusan di atas yang saya buat adalah berdasarkan dari diri saya. Korang mungkin mempunyai keputusan yang sama tetapi sebab yang berbeza. Atau, korang mungkin juga memilih keputusan untuk Menolong.

Korang dari pandangan korang la.
(Kira korang belum baca entri, tapi baca situasi je),

Korang
tolong @ biarkan.?

Feel free to drop your comment.:
)




Sunday, April 10, 2011

Sanggul Yang Haram?



'Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan... Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah SAW.'

 










'Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi SAW “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain (Syarah Soheh Muslim). Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi SAW dalam hadis di atas, berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.'


 














'Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi SAW apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai.'




Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."





Tarian Poco Poco Haram







Korang kenal ke tarian poco-poco? Pernah menari tarian ni? Saya pernah le lihat dorang menari tapi tak pernah le try...pemalu le katakan..hehe




Seingat saya, selepas tahun 2007 tarian poco-poco ni dah jadi suatu kemestian dalam mana mana perjumpaan komuniti surirumah, kursus badan-badan kerajaan serta majlis-majlis perkahwinan.




Ada yang mendakwa tarian poco-poco sebenarnya berasal dari Filipina bukannya Indonesia. Tarian ini ditarikan oleh golongan kristian di dalam gereja ketika melakukan sembahyang mingguan mereka. 




Rahsianya? Semuanya terletak pada pergerakan tarian ini yang dikatakan membentuk seperti tanda salib. Perasan kah anda?




Yang terbaru sekali, tarian atau senaman poco-poco ini telah pun diharamkan di Negeri Perak. Kita tunggu apa perkembangan dari negeri-negeri lain nanti.



Friday, April 8, 2011

Telur Palsu....





Rasanya dua atau tiga hari lepas ada keluar mengenai telur tiruan di pasaran. Saya tahu melalui fb. Namun kemudian apabila membacanya saya teringatkan telur tiruan ini sudah lama ujud. Rasanya sekitar tahun 2008 atau 2009 saya ada mendapat email mengenai telur tiruan ini. Ingat tidaklah sampai ke Malaysia cuma di China sahaja. Rupanya sampai ke sini. 


Kulitnya dikatakan mudah pecah

















Susah nak bezakan mana betul atau tidak
  












Dikatakan telur palsu bila digoreng banyak buih. Hairannya kenapa orang nak buat telur palsu ya. Telur bukanlah mahal sangat. Silap-silap buat lagi mahal daripada telur biasa. Manusia-manusia, ada yang original masih mahu membuat yang palsu.









Sunday, April 3, 2011

Senaman Mukee :))

Rokok Dan Motosikal:




Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tok.”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”

Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tok merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”










10 ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA


Assalamualaikum...

Sabda Rasulullah S.A.W: 
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu 
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, 
dan barang siapa yang tidak memelihara solat, 
maka sesungguhnyasolat itu tidak menjadi cahaya, 
dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat 
baginya". "10 orang yang solatnya tidak diterima
oleh Allah S.W.T, antaranya:

1.  lelaki yang solat sendirian tetapi tidak membaca sesuatu.

2.  lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan 
zakat.

3.  lelaki yang menjadi imam tetapi makmum membencinya.

4.  lelaki yang melarikan diri.

5.  lelaki yang minum arak tanpa mahu bertaubat.

6.  perempuan yang suaminya marah padanya.

7.  perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai 
tudung.

8.  Imam@pemimpin yang sombong dan zalim.

9.  orang-orang yang suka makan riba.

10. orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari 
melakukan perkara yang keji dan mungkar.