Aiyoooo tamby dah lah arini terlambat, sebok plak buat jalan. Dah tahu pagi-pagi memang jalan jem ape kenanya lah tamby2 ni repair jalan. Kan dah merah punch card.
Gerammmnya....Kalau lah ada mesin masa macam nabil punya tu dah ku kembali ke zaman dulu n punch orang yang buat punch card machine ni. Baru dia rasakan. haha
Monday, October 15, 2012
Friday, October 12, 2012
Wang Kertas Punya Dua Wajah
![]() |
TAWAU: Seorang kakitangan awam terkejut selepas mendapati wang kertas tulen RM10 miliknya terpampang jelas dua gambar wajah gabenor Bank Negara.
Menurut Lim Chee Kah, 48, wang kertas berkenaan berbeza dengan wang kertas kebiasaannya yang hanya tertera jelas satu wajah gabenor.
“Saya mendapat wang ini di Pasar Pagi di Tanjung Malim Perak semasa sedang membeli-belah,” katanya. Beliau hanya perasaan keganjilan wang berkenaan ketika tiba di rumah dan mendapati ianya berbeza dengan wang kertas lain miliknya.
“Tujuan saya mendedahkan wang ini hanya untuk berkongsi dengan orang ramai,” katanya. Beliau yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Perguruan Kampus Tawau menyifatkan penemuan wang kertas pelik itu sebagai satu `feng shui’ bagi kepercayaan kaum Tionghua.
Beliau pada masa ini tidak berniat untuk memberikan atau menjual wang kertas berkenaan kepada sesiapa dan akan menyimpannya untuk tujuan koleksi.
Sumber: Utusan Borneo
Timbunan Sampah..
Pada pandangan pertama ini hanya mungkin kelihatan seperti
timbunan sampah, tetapi sekali cahaya dilemparkan, anda dibentangkan dengan kejutan yang menakjubkan.
Menggunakan hanya kepingan sampah, British artis Tim Noble dan Sue Webster
mampu untuk mencipta seni bayang-bayang yang bentuknya benar-benar
berbeza daripada apa yang anda harapkan daripada bayang-bayang tersebut.
"Played dengan idea bagaimana manusia melihat imej yang
abstrak dan menentukan mereka dengan makna. Hasilnya adalah mengejutkan dan
berkuasa kerana ia redefines bagaimana bentuk abstrak boleh berubah menjadi bayang-bayang yang menakjubkan. "
Kreatif kan..
Thursday, October 11, 2012
Awak Suka Saya Tak???
Baru suku je saya baca novel Awak Suka Saya Tak ni, ini pun dah teruja. Novel hasil nukilan Melur Jelita tebalnya 1053 muka surat. Rasa tak boleh nak stop membaca. Memang best. Tahniah di ucapkan pada Melur Jelita.. Berbintang2 saya bagi :)
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
** Awak..awak suka saya tak? huhu
Cuka Epal??
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
Senarai khasiat cuka epal dan madu adalah seperti dibawah:
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
** Nak try lah mana tau leh menguruskan badan ... wink wink
Monday, October 8, 2012
Tips Untuk Kempiskan Perut Buncit
Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.
Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.
Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.
p/s..siapa yg dah kempis try cara di atas tu bagi tau lah ye..hehe
Adik Micheal Jackson, Janet Jackson Peluk Islam
Adik Micheal Jackson, Janet Jackson Peluk Islam ! Janet Jackson adik kepada penyanyi Pop terkenal, Micheal Jackson dilaporkan telah memeluk Islam selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Arab iaitu Wissam Al Mana.
Menurut beberapa info, pasangan tersebut diberitakan akan bernikah pada tahun hadapan di tempat kelahiran jutawan itu di Doha, Qatar.
Menurut beberapa info, pasangan tersebut diberitakan akan bernikah pada tahun hadapan di tempat kelahiran jutawan itu di Doha, Qatar.
Menerusi portal www.emirates247 pada Rabu lalu melaporkan, pasangan tersebut akan bernikah dalam satu majlis Islam, beberapa sumber berkata, pasangan itu juga akan menjadikan perkahwinan berkenaan sebagai majlis terbesar selain dapat diingati dalam sejarah.
Portal itu yang turut memetik sumber majalah barat National Enquirer yang melaporkan pasangan berkenaan telah menetapkan tahun 2013 tetapi masih memilih hari yang sesuai untuk majlis itu.
Mereka juga dilaporkan berhasrat membelanjakan wang kira-kira RM6 juta (AS$3 juta) untuk sebuah majlis gilang-gemilang sementara Wissam akan menghadiahkan sebuah jam Rolex berharga RM30,000 (AS$10,000) kepada setiap tetamu yang menyaksikan perkahwinan berkenaan.
“Wissam akan menjadikan majlis bahagia itu sebagai ‘perkahwinan abad ini’ dan terbesar dalam sejarah hidup mereka,” lapor portal itu.
Wissam merupakan jutawan yang memiliki kekayaan keluarga dalam bidang hartanah dan media itu melamar Janet, 46, pada tahun lalu dengan memberikannya sebentuk cincin berlian 15 karat.
Pasangan tersebut bertemu pada bulan Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Timur Tengah.
Pada mulanya, mereka dilaporkan mahu berkahwin pada tahun 2011 tetapi telah menangguhkannya untuk beberapa tahun agar dapat mengadakan majlis itu dengan perancangan rapi.
Janet Jackson dilaporkan telah keluar bersama Wissam yang hampir 10 tahun lebih muda daripadanya sejak musim panas 2010.
Malah menurut Janet, ianya bukan satu kesalahan untuk beliau keluar dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.
Janet yang sebelum ini mempunyai hubungan sembilan tahun dengan penerbit album Jermaine Dupri berkata, ibunya sentiasa memberitahu dia bahawa umur hanyalah sekadar angka.
Menurut satu sumber, Janet dan arwah abangnya Micheal Jackson telah lama memeluk agama Islam, namun mereka tidak mengisytiharkan pegangan baru mereka itu kepada umum.
** Wallahualam..semoga berita JJ masuk islam itu benar. Aaminn
Subscribe to:
Comments (Atom)








