Sunday, April 17, 2011

Jarang Update. Kering Idea Ker?

Berapakah kekerapan korang update blog.? Sehari sekali, seminggu sekali, ataupun bila-bila masa korang ada idea untuk update blog korang.?



Kalau korang perasan, saya jarang update blog ni sekarang kan.:). Ini pun saya update sambil-sambil.:). Terasa macam agak lama pula saya tidak menaip panjang². Kira ini warmup semula la ye.:)

Apabila saya jarang update blog, adakah itu bermakna saya sudah kekeringan idea.?.:) Kerana biasanya kalau sesebuah blog jarang berupdate, kemungkinan ada 3.

    1. Kekeringan idea 2. Ada idea, berminat untuk berblogging tetapi sibuk. 3. Tidak berminat untuk berblogging lagi ( mungkin disebabkan ada hal lain)

Korang agak² la, saya masuk bahagian mana.?

Kekangan masa merupakan sebab utama saya jarang update. Ye la, Kalau dah kerja, masa yang ada hanya waktu malam. So waktu malam inilah macam² perkara hendak buat, beli barang, makan, pergi situ, pergi sini, buat itu, buat ini. Takkan 24 jam hendak mengadap internet.:). Dan saya juga cuba untuk memaksimumkan masa aku berada di internet. ha3

Rasanya tidak perlu saya menaip panjang² untuk entri ini. Kang letih korang membaca entri warmup ni.:) Dan sebelum mengakhiri ada persoalan untuk saya lontarkan kepada korang berkaitan idea dan update ini.

Adakah korang mencari idea untuk update blog, ataupun korang update blog apabila idea ada..?.:)




No comments:

Post a Comment