Sunday, April 17, 2011

Kenali Jenis Jenis Lelaki


Mungkin ramai perempuan tahu atau kenal jenis-jenis lelaki yang ada dalam dunia ini. Dan juga lelaki semestinya mereka kata mereka lebih arif memandangkan mereka adalah lelaki. Kita biasa dengar dengan jenis lelaki mata keranjang, mata duitan, mulut manis dan macam-macam lagi.



Takrifan dibuat, tetapi tidak diketahui samada takrifan tersebut 'betul' atau tidak. Biasa kita guna takrifan yang jenis biasan, kerana kita sedia maklum kita adalah rakyat yang begitu bersopan santun.

Tapi kali ini aku rasa tak mahu bertapis lagi tentang takrifan jenis-jenis lelaki. Rasanya semua orang kena tahu apa sebenarnya takrifan yang 'betul' untuk jenis-jenis yang dikatakan selama ini.

Berikut adalah takrifan 'betul' dari pandangan aku berkaitan jenis-jenis lelaki ini.


1. Mata keranjang


Lelaki mata keranjang, boleh diandaikan dia adalah seorang yang tinggi lampai. Kerana dia seorang yang meminati sukan bola keranjang. Kalau pergi shopping mall, pantang nampak kedai yang ada jual peralatan sukan bola keranjang, dengan pantas dia akan meluru ke kedai tersebut.

2.Habis madu sepah dibuang.


Lelaki jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang penjual madu lebah. Kalau tidak penjual pun, dia adalah orang yang terlibat dengan kerja-kerja pemprosesan madu lebah untuk dijual kepada pelanggan.

3.Bagi betis nak peha


Lelaki jenis ini secara amnya adalah seorang yang suka makan ayam terutamanya peha. Kalau boleh tiap-tiap hari hendak makan peha ayam. dan dialog sebegini mungkin boleh terjadi kalau di KFC,"erm, bagi ketiga-tiga paha boleh tak.?"

4.Mulut manis


Lelaki jenis ini anda kena perhatikan cara pemakanannya. Kemungkinan besar dia suka makan benda yang manis-manis. Jika lelaki yang terdekat dengan anda tergolongan dalam jenis ini, anda perlu nasihati untuk mengelakkan penyakit kencing manis nanti.

5.Mata duitan


Lelaki jenis ini bagus sebenarnya. Dia memang jenis yang suka bekerja keras untuk mendapatkan duit. Dia akan pikirkan bagaimana hendak jadikan hidupnya lebih senang. Dia akan pikir hendak ada kereta, rumah, barangan kelengkapan dengan menggunakan hasil titik peluhnya sendiri.


6. Dua alam.


Lelaki jenis ini adalah juga dari golongan ahli sukan. Kebiasaannya adalah sukan renang. Kerana mereka begitu serasi dengan alam daratan dan alam air. Contoh lelaki dua alam adalah Micheal Phelps.:)

7. Buaya darat.

Lelaki ini sangat rapat dengan haiwan terutamanya buaya. Kalau dalam bahasa biasa, mereka ini dipanggil sebagai pawang. Sebab itulah apabila berlaku kejadian yang tidak diingini di kawasan sungai, selain daripada anggota bomba dan polis dipanggil, lelaki 'buaya' ini akan berada di tempat kejadian.:). Dan semestinya lelaki ini tinggal di darat.:)

Selain itu, lelaki buaya darat yang terkenal diseluruh pelosok dunia tidak lain tidak bukan adalah Steve Irvin - Crocodile Hunter.:)




-----------------------

Bagaimana.?


Ada 'betul' tak takrifan yang saya bagi ini.
Saya tahu kalau ikut takrifan biasan, asyik kena negatif je.
So bagi takrifan yang tiada biasan, baru jadi positif sikit.:)

Penafian: Takrifan yang diberi tidak boleh digunakan ketika menjawab peperiksaan. Saya tidak bertanggungjawab jika ada sesiapa yang menggunakan takrifan ini yang akhirnya menyebabkan markah peperiksaannya ditolak..:)

Ada sesiapa yang ada lagi takrifan yang 'betul' berkaitan lelaki ni.
boleh la bagitahu di ruangan komen ye.:)






No comments:

Post a Comment