Monday, March 12, 2012

Tips lagi...

Kali ni n3 untuk bayi - bayi sahaja yeee....he3



Kepala Bayi Berkerak

Jika kepala bayi anda berkerak, ambillah segenggam kelapa parut dan campurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan campuran tersebut ke dalam perca kain dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Selepas itu, sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Selepas itu, sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Hasilnya kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam.





Ruam

Ruam panas sering menyerang bayi yang baru lahir. Untuk meredakannya, gunakan kanji nasi. Untuk membuatnya, masak bubur nasi. Kemudian, ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapu air kanji tersebut pada ruam. Hasilnya, ruam akan berkurangan.




Hilangkan Kembung Perut

Bagi menghilangkan kembung perut bayi, ambil dua atau tiga biji lada hitam dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam itu ke dalam pusat bayi dan biarkan. Tepuk belakang badan bayi untuk menenangkannya.







No comments:

Post a Comment