Showing posts with label adab menguap. Show all posts
Showing posts with label adab menguap. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Kenapa Kita Menguap??




Taukah korang apa sebab kita menguap? Kita menguap kerana kandungan oksigen di dalam paru-paru kita berkurang. Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara. 

Alveoli ini berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbondioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras.

Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen.

Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti.

Berkualiti disini biarlah tiada gangguan bagi memulihkan anggota badan kita rehat secukupnya untuk beroperasi dan badan kita dapat kumpulkan oksigen secukupnya untuk kita bekerja seperti biasa.

Adab Menguap

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya :

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.

Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin. 


** Di copy cat dari Tao Tau Aje. Terima kasih








Tuesday, May 10, 2011

Adab Menguap



1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.




** Agak2nya cam tu ke kita menguap... :P