Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Tahukah anda?

16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir di copyright dari JZbusinessworld, terima kasih tuan empunya:





  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja di lahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuk sepenuhya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti rasa manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi  baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.




Sunday, November 28, 2010

Hati-hati Dengan Telur Ayam




Untuk pengetahuan ibu-ibu, telur boleh memberi alahan jika tidak kena dengan kondisi tubuh bayi anda. Telur yang mengandungi salmonella boleh memberi alahan pada kanak-kanak terutama bayi kecil. Alahan seperti ruam-ruam kecil, muntah atau demam boleh berlaku dengan serta-merta sebaik mereka mengambilnya. Pastikan telur diuji terlebih dahulu kepada anak anda dan kemudian barulah memberi pada kadar yang sesuai.









Thursday, November 11, 2010

Masalah Bayi Sembelit


Jika bayi berusia 2 atau 3 bulan mengalami masalah tidak boleh membuang air besar beberapa hari, cubalah petua ini:

Layur beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu. Letakkan daun kunyit itu di atas perut bayi


InsyaAllah beberapa minit kemudian bayi anda pasti akan membuang air besar

Sunday, November 7, 2010

Bubur Sihat















Bubur Sihat (resepi dari mama_myvi)


1/4 cawan beras
1 helai daun pandan
secubit garam (optional)
3 cawan air
4 biji kurma (dibuang biji)


Cara - cara


Basuh beras bersih2. Masak beras bersama daun pandan, garam dan air. Setelah nasi kembang, tutup api dan biar sejuk. Kisar nasi bersama kurma yang telah dibuang biji. Siap dan selamat menjamu bayi.