Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

Buat Duit Dengan Pasar Malam

Baru-baru ni saya ada membeli "Buku Buat Duit Dengan Pasar Malam" oleh Johar Seman. Hmm macam nak meniaga pasar malam jerk..Saya ni ada tokoh ke nak meniaga pasar malam. Sebenarnya saya kagum melihat peniaga-peniaga pasar malam. Sanggup berniaga dari siang sampai ke malam. Tak kira hujan atau panas. Mereka sungguh tabah. Boleh ke saya tabah seperti mereka. Terpaksa mengambil risiko sekiranya barang yang kita jual tu tidak habis. Tak sanggup tak sanggup... :(


Apa-apa pun sesiapa yang sedang mencari-cari idea untuk berniaga pasar malam; bolehlah mendapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku berhampiran atau membeli secara online. Harga RM 16.00


Sinopsis:
Bisnes pasar malam memang menguntungkan. Bisnes ini dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja dan mempunyai pasaran yang menguntungkan. Buat Duit dengan Pasar Malam merangkumi: Pengenalan selok-belok bisnes. Alatan menjahit yang wajib ada. .Harga servis mengikut pakaian, dengan margin berbaloi. Tip pemilihan pekerja pembantu Teknik pemasaran dengan kos rendah dan efektif. Kisah dari orang yang berpengalaman. Buat Duit dengan Pasar Malam diharap memecahkan kebuntuan dan ruang menjalankan bisnes. 
Pasar malam tidak memerlukan banyak modal, tetapi menguntungkan. Terutama bagi mereka yang belum mantap ekonomi, kurang pengalaman berniaga dan ingin menjadi usahawan yang berjaya. Johar Seman bertugas sebagai guru di SMK Bersia, Grik, Perak dan berpengalaman dalam bidang penulisan buku rujukan sejak 2004. Beliau menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang menjadi peniaga pasar malam yang berjaya. 








Thursday, November 11, 2010

Pilih Buku Sesuai Dengan Tabiat Anak


Sering saya mendengar keluhan ibu bapa tentang anak-anak mereka yang hanya baca sesebuah buku sekali sahaja dan kemudian tidak ambil peduli lagi dengan buku-buku tersebut. Hasrat untuk menggalakkan anak membaca seakan terbantut, kerana jika ingin anak-anak terus membaca maka mereka perlu menyediakan bahan bacaan baru secara kerap. Ini tentunya memberikan sedikit tekanan dari segi kewangan kepada sebahagian daripada kita.

Ada pula anak-anak kita yang suka membaca sesebuah buku lagi dan lagi, adakalanya sehingga hampir lunyai buku tersebut. Kita sebagai ibu bapa tentunya terasa berbaloi sungguh dengan pelaburan yang dibuat.
Kita sebagai ibu bapa perlu mengenal pasti tabiat dan minat membaca anak-anak dengan memerhatikan perilaku mereka terhadap buku. Dengan mengetahui cara mereka ini maka kita boleh menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan tabiat dan minat mereka, dan memastikan pelaburan yang kita buat benar-benar bernilai.

Buat anak-anak yang kurang gemar mengulang sesebuah buku, bahan bacaan seperti majalah berpendidikan kanak-kanak (contohnya Majalah Aulad dan Celik) yang diterbitkan secara berkala merupakan pilihan yang ideal untuk mereka. Dengan melanggan majalah-majalah ini anak-anak akan mendapat bahan bacaan baru secara tetap setiap bulan (pada kos yang rendah), seraya terus membakar minat mereka untuk terus membaca.

Buat anak-anak yang suka membaca buku berulang kali pula, dapatkan buku-buku yang lebih berisi seperti kompilasi cerita-cerita pendek, buku panduan dan motivasi, atau novel ringan untuk kanak-kanak. Bacaan berulang membantu meningkatkan pemahaman mereka tentang kandungan buku tersebut atau meningkat/mengekalkan motivasi diri.

Pun begitu ibu bapa perlulah sesekali mempelbagaikan bahan bacaan agar mereka tidak terlalu terikat kepada satu genre bacaan sahaja, dan mendedahkan mereka kepada sumber ilmu yang lebih pelbagai.

Buatlah Pilihan Bijak…!!!

Ehsan: AdikBijak.com