Showing posts with label oren. Show all posts
Showing posts with label oren. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Kementerian siasat buah oren Shanghai


Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
2010/12/12



Disyaki diwarna guna lilin beracun
 



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan bagi memastikan oren dari Shanghai, China yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun supaya kelihatan lebih segar, tidak diimport atau berada di pasaran negara.
Kementerian dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diambil berikutan pihak berkuasa Shanghai mengeluarkan arahan kepada peniaga buah-buahan menghentikan penjualan oren itu selepas menerima aduan pengguna yang mendapati kulitnya menjadi merah selepas disentuh.

Berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pewarna yang dibenarkan dalam makanan adalah yang tersenarai di dalam Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan) dan penggunaan bahan pewarna selain dari yang tersenarai itu dilarang. 

Kata kenyataan itu, Peraturan 225(2) dan (3) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan buah-buahan mentah dan segar boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan bagi tujuan penggredan. 

“Lilin bergred makanan boleh digunakan bagi membersihkan dan menyediakan buah-buahan mentah untuk jualan,” kata kenyataan itu. 

Kenyataan itu turut menasihatkan orang ramai yang mengesyaki buah oren dijual di pasaran tempatan mempunyai bahan pewarna itu agar segera melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut. 

Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai kegiatan kawalan keselamatan dan kualiti makanan dijalankan kementerian menerusi laman web http:/fsq-.moh.gov.my. 



Thursday, November 11, 2010

INFO: Buah-buahan dan khasiatnya


Anggur/kismis 

  • Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi. 

    Oren 

  • Untuk menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Anti oksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah. 

    Epal 

  • Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

    Pear 

  • Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut. 

    Pisang kaki 

  • Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan. 

    Mangga 

  • Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas. 

    Kiwi 

  • Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat. 

    Pisang 

  • Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.