Sunday, December 12, 2010

Kementerian siasat buah oren Shanghai


Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
2010/12/12



Disyaki diwarna guna lilin beracun
 



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan bagi memastikan oren dari Shanghai, China yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun supaya kelihatan lebih segar, tidak diimport atau berada di pasaran negara.
Kementerian dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diambil berikutan pihak berkuasa Shanghai mengeluarkan arahan kepada peniaga buah-buahan menghentikan penjualan oren itu selepas menerima aduan pengguna yang mendapati kulitnya menjadi merah selepas disentuh.

Berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pewarna yang dibenarkan dalam makanan adalah yang tersenarai di dalam Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan) dan penggunaan bahan pewarna selain dari yang tersenarai itu dilarang. 

Kata kenyataan itu, Peraturan 225(2) dan (3) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan buah-buahan mentah dan segar boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan bagi tujuan penggredan. 

“Lilin bergred makanan boleh digunakan bagi membersihkan dan menyediakan buah-buahan mentah untuk jualan,” kata kenyataan itu. 

Kenyataan itu turut menasihatkan orang ramai yang mengesyaki buah oren dijual di pasaran tempatan mempunyai bahan pewarna itu agar segera melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut. 

Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai kegiatan kawalan keselamatan dan kualiti makanan dijalankan kementerian menerusi laman web http:/fsq-.moh.gov.my. 



Saturday, December 11, 2010

Pelik Tapi Benar



Buah nangka atau nama saintifiknya Artorcarpus Neterophyllus. Buah seperti ini banyak terjadi di Indonesia. Ianya di panggil buah nangka tanpa kulit, isinya keluar macam pisang. 


Anggaplah ini adalah hikmat di sebalik kejadian dan mungkin juga petunjuk kepada kita yang mana Hari Kiamat sudah dekat? ~ Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

8 Kebaikan Pisang





Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain. 






1. Sebagai sumber tenaga 

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat. 



2. Penderita anemia


Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. 



3. Penyakit usus dan perut 


Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut. 



4. Mengubati luka akibat terbakar 


Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit. 





5. Kecantikan wajah 

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.




6. Atur berat badan 


Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan




7. Kecantikan semula jadi 


Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas ‘banana milkshake’ yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. Bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini. 





8. Menambah nafsu makan 

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.














Tuesday, December 7, 2010

Bapak ayam bergaduh dengan Mak ayam



Rasanya cam dah lama tak update blog..rindu plak. Sebenarnya kekeringan idea nih...hehe..

Thursday, December 2, 2010

Kebaikkan Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.



Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.



LIMA PERKARA YANG ELOK DISEBUT

  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
  • Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
  • Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
  • Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain

Wednesday, December 1, 2010

Awal Muharram



Selasa depan "07.12.10" genaplah "1 Muharram 1432 " atau dikenali “Maal Hijrah”. Tahun Baru kepada semua kaum muslimin. Happy Islamic New Year! Semoga Tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal dari illahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. Amin.
Pengertian Awal Muharram


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....