Friday, October 19, 2012

3G / 4G...apa tu??





Cara yang paling mudah untuk menjelaskan perbezaan antara 3G dan 4G ini boleh di jelaskan dengan membuat analisis yang mudah tentang tujuan utama kenapa teknologi ini dicipta. Generasi ketiga atau 3G (3rd Generation) internet tanpa wayar ini direka berdasarkan teknologi yang pada peringkat awalnya di reka untuk tujuan membuat panggilan telefon. Oleh kerana panggilan telefon memerlukan penghantaran jumlah data yang kurang besar berbanding melayari intenet, ciptaan teknologi internet 3G hanya bertujuan untuk menanangi keperluan penghantaran atau pemindahan jumlah data dengan kelajuan yang sederhana tidak seperti keperluan untuk memindahkan jumlah data yang besar untuk menonton video streaming di internet. Ini sebabnya telefon yang berteknologi 3G di pasaran adakalanya bermasalah ketika pengguna cuba untuk mengakses video streaming atau laman web yang mempunya jumlah datan yang besar.

Untuk menyahut cabaran arus penggunaan internet tanpa wayar dan juga keperluan pengguna tegar internet, terciptanya 4G internet tanpa wayar, direka untuk komunikasi yang merangkumi pemindahan data yang lebih banyak dari panggilan telefon. Pengendalian kemudahan panggilan telefon boleh di anggap terlalu mudah dengan ada teknologi 4G, kerana teknologi ini memang direka untuk komunikasi internet, streaming video, menonton televisyen dan setiap tugas yang sebelum ini hanya boleh dilakukan jika pengguna mempunyai sambungan selaju DSL; kini boleh di lakukan dengan telefon pada rangkaian 4G.

Salah satu perbezaan yang ketara antara rangkaian 3G dan 4G adalah kelajuan muat turun yang ditawarkan. Kelajuan muat turun pada rangkaian 3G umumnya sekitar 0.6 - 1.4 Megabits sesaat, dengan maksimum kelajuan 3.1 Megabits sesaat pada waktu tertentu. Untuk rangkaian 4G pula, ianya menawarkan kelajuan muat turun antara 3 - 6 Megabits sesaat, dengan maksimum kelajuan 10 Megabits sesaat, 3 -5 kali ganda kelajuan maksimum yang boleh di capai dari rangkaian generasi ketiga (3G).

Perbezaan lain yang boleh di ambil kira adalah perbezaan muat naik antara kedua-dua rankaian tersebut. Contohnya, untuk muak naik video atau fail dari computer ke laman web, rangkaian 3G menawarkan kelajuan hanya pada 0.5 Megabit berbanding 1 Megabits dengan menggunakan rangkaian 4G. Boleh di katakan rangkaian 4G boleh memuat naik dua kali  ganda kepantasan rangkaian 3G.

Contoh lain kelajuan rangkaian 4G, jika muat turun rancangan televisyen mengambil masa kira-kira 19 minit pada rangkaian 3G, namun ianya mengambil kurang dari 5 minit jika menggunakan rangkaian 4G. Selain dari itu, membuat tempahan makan malam hanya mengambil masa setengah saat pada rangkaian 4G, 5 saat jika menggunakan rangkaian 3G dan banyak lagi contoh-contoh lain tentang kelajuan teknologi 4G ini.

Semua ini bermakna bahawa 4G internet tanpa wayar akan membolehkan pengguna untuk mengakses internet pada telefon mereka pada kelajuan yang sama jika mereka lakukan di rumah menggunakan DSL. Boleh di katakan, teknologi 4G pada telefon makin menghampiri kelajuan jika menggunakan computer biasa. Mungkin pada masa hadapan kita tidak perlu lagi bergantung kepada computer untuk melayari internet dengan patas, kita hanya memerlukan telefon yang dilengkapi dengan teknologi 4G sahaja.

** Di petik dari MBBJ..Thank you :)




Thursday, October 18, 2012

Nak Kurus..Nak Kurus

Sebelum ni apa-apa produk pun tak boleh mengurangkan berat badan dan membuat kan seluar ku loose. Tetapi produk ini telah berjaya menurunkan hehe...InsyaAllah saya akan terus mengguna produk ini sehingga mendapat berat badan yang ideal. Yang pasti jangan putus semangat.

Bukan senang jugak tak makan nasi atau roti tetapi sebab semangat untuk kurus membuak-buak maka otak pun memberi kerjasama. Yang bestnya kita kena makan untuk kurus. Horrey bukan senang wooo. Semua produk suruh kita jangan makan atau kurangkan makan tetapi produk ni suruh kita makan..best2.

Ni lah dia Alpha Lipid SDII. Saya bukan penjual ye cuma pengguna tegar je. Tetapi kalau ada orang nak order boleh jugak saya tolong order kan. :) :)




Nak jugak jadi macam mereke-mereka yang berjaya menurunkan berat badan....wahhhhh besttttnya.







Wednesday, October 17, 2012

Kenapa Kita Menguap??




Taukah korang apa sebab kita menguap? Kita menguap kerana kandungan oksigen di dalam paru-paru kita berkurang. Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara. 

Alveoli ini berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbondioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras.

Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen.

Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti.

Berkualiti disini biarlah tiada gangguan bagi memulihkan anggota badan kita rehat secukupnya untuk beroperasi dan badan kita dapat kumpulkan oksigen secukupnya untuk kita bekerja seperti biasa.

Adab Menguap

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya :

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.

Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin. 


** Di copy cat dari Tao Tau Aje. Terima kasih








Monday, October 15, 2012

JANGAN minum air sambil berdiri




Menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang. ."

Adapun minum air berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”

Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum air sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal. . .

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.





Aiyooo Tamby....

Aiyoooo tamby dah lah arini terlambat, sebok plak buat jalan. Dah tahu pagi-pagi memang jalan jem ape kenanya lah tamby2 ni repair jalan. Kan dah merah punch card.



Gerammmnya....Kalau lah ada mesin masa macam nabil punya tu dah ku kembali ke zaman dulu n punch orang yang buat punch card machine ni. Baru dia rasakan. haha


Friday, October 12, 2012

Wang Kertas Punya Dua Wajah




TAWAU: Seorang kakitangan awam terkejut selepas mendapati wang kertas tulen RM10 miliknya terpampang jelas dua gambar wajah gabenor Bank Negara.

Menurut Lim Chee Kah, 48, wang kertas berkenaan berbeza dengan wang kertas kebiasaannya yang hanya tertera jelas satu wajah gabenor.

“Saya mendapat wang ini di Pasar Pagi di Tanjung Malim Perak semasa sedang membeli-belah,” katanya. Beliau hanya perasaan keganjilan wang berkenaan ketika tiba di rumah dan mendapati ianya berbeza dengan wang kertas lain miliknya.

“Tujuan saya mendedahkan wang ini hanya untuk berkongsi dengan orang ramai,” katanya. Beliau yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Perguruan Kampus Tawau menyifatkan penemuan wang kertas pelik itu sebagai satu `feng shui’ bagi kepercayaan kaum Tionghua.

Beliau pada masa ini tidak berniat untuk memberikan atau menjual wang kertas berkenaan kepada sesiapa dan akan menyimpannya untuk tujuan koleksi.

Sumber: Utusan Borneo



Timbunan Sampah..




Pada pandangan pertama ini hanya mungkin kelihatan seperti timbunan sampah, tetapi sekali cahaya dilemparkan, anda dibentangkan dengan kejutan yang menakjubkan. 


Menggunakan hanya kepingan sampah, British artis Tim Noble dan Sue Webster mampu untuk mencipta seni bayang-bayang yang bentuknya benar-benar berbeza daripada apa yang anda harapkan daripada bayang-bayang tersebut. 


"Played dengan idea bagaimana manusia melihat imej yang abstrak dan menentukan mereka dengan makna. Hasilnya adalah mengejutkan dan berkuasa kerana ia redefines bagaimana bentuk abstrak boleh berubah menjadi bayang-bayang yang menakjubkan. "


Kreatif kan..