Saturday, October 8, 2011

Triffle ku sedap...heheh






Bahan :
sebiji kek swiss roll (saya guna pandan)
1 tin fruit cocktail
1 paket kristal jeli (jenama nona)
1 tin susu cair (ideal)
2 sudu besar  tepung kastard
3 sudu besar gula

Cara : 
1. Masak bahan untuk kastard dulu... campurkan susu, tepung kastard dan gula... masak hingga bancuhan jadi likat dan menggelegak... bila dah mendidih... tutup api... tepikan.

2. potong-potong kek swiss roll lebih kurang 1.5 cm... susun dalam kaserol... susun rapat-rapat... lepas tu ambil air jus dari fruit cocktail.... tuang / renjis pada kek supaya kek menjadi lembab...

3. tuangkan bancuhan kastard tadi... kemudian baru taburkan buah-buahan cocktail... 

4. Kemudian masak jeli kristal... yg ini sila ikut arahan pada pek jeli tersebut... lepas tu tuang jadi penutup bahagian atas puding... biarkan beku... sejukkan dalam peti ais... 

Sedia untuk d ngappppppp



Friday, October 7, 2011

Yummy....Tiramisu Simple

Minggu lepas saudara serbu dari Singapore aduuhh sampai 6 kereta. Apalagi kuar lah skill yg tak berapa skill tu..heheh...Try buat tiramisu. Ini lah hasilnya...





Nak tau resepi ker...mmmmmmmmmmm..mana leh kede kede kan...

Resepi di ciplak dari my resepi

Bahan bahan

1 biji sponge kek
250ml whipping cream
200 ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara2nya

Bancuhkan nescafe dengan satu  cawan air panas. Satukan gula, cheese dan cream dan pukul sampai kembang dan gebu. Potong kek pada 3 bahagian dan susun 1 bahagian dalam bekas. Tuang 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas cake dan sapu 1/3 bahagian adunan cream + cheese tadi atas kek.  Susun lagi bahagian kek yang selebihnya dan ulang step atas sampai abis. Hias dengan serbuk koko kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge. 

Sedap dimakan semasa sejuk..nyummm nyumm




Tuesday, May 10, 2011

Adab Menguap



1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.




** Agak2nya cam tu ke kita menguap... :P

Hari Ibu ada lah Haram


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent.  Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

*** Renung-renung kan lah. Hari-hari ada lah hari ibu. Sayangi lah ibu dan hargai lah ibu anda setiap masa bukan tunggu hari yang tertentu sahaja.


Monday, May 9, 2011

Ais Artik kian cair

Satu kawasan bongkah ais semakin mengecil di timur Greenland

Amaran banjir lebih besar ancam dunia

STOCKHOLM: Ais di Greenland dan keseluruhan Kutub Utara kini mencair lebih pantas berbanding ramalan dan mungkin membantu meningkatkan paras air laut global sehingga 1.524 meter kurun ini, kadar lebih tinggi berbanding yang dijangka, menurut penilaian antarabangsa.


Penemuan itu ‘menekankan langkah perlu diperhebat’ untuk memerangi pemanasan global, menurut laporan Program Penilaian dan Pemantauan Kutub Utara (AMAP), agensi saintifik Majlis Kutub Utara dianggotai lapan negara.

Bongkah ais mencair dekat perairan Ammasalik, Greenland

Amaran paras air laut lebih tinggi muncul ketika negara di dunia masih tidak berganjak dalam rundingan dua dekad lamanya bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan gas rumah hijau lain dipersalahkan atas pemanasan global.

Paras air laut meningkat dijangka membawa beberapa kerosakan besar akibat pemanasan global, tenggelamnya pulau kecil sehinggalah banjir di landasan kereta api bawah tanah kota New York.

Paras air laut tidak meningkat secara sama rata di seluruh dunia kerana ombak, angin dan faktor lain berbeza-beza, namun kawasan tanah rendah seperti Bangladesh dan Florida kemungkinan terjejas teruk.

Laporan baru itu, yang mana kesimpulannya diperoleh agensi berita, dijangka dibentangkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton dan menteri luar tujuh negara anggota dalam mesyuarat Majlis Kutub Utara minggu depan di Greenland.


Ia terlebih dulu dibincangkan oleh kira-kira 400 saintis antarabangsa dalam satu persidangan di Copenhagen, Denmark, minggu ini.

Menggariskan teknik penyelidikan yang baru dan kertas saintifik terkini, laporan AMAP menaik taraf ramalan dibuat panel pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas perubahan iklim dalam penilaian besar-besaran terakhirnya pada 2007.

Pencairan glasier Kutub Utara dan permukaan ais Greenland, dijangka membantu menaikkan paras air laut global kepada 35 hingga 63 inci (90 hingga 160 sentimeter) menjelang 2100, kata AMAP. – AP


INFO

  • Pencairan glasier Kutub Utara dan permukaan ais termasuk lapisan ais besar-besaran Greenland, dijangka membantu menaikkan paras air laut global kepada 35 hingga 63 inci (90 hingga 160 sentimeter) menjelang 2100

  • Greenland kehilangan ais dalam tempoh 2004-2009 empat kali ganda lebih pantas berbanding pada 1995-2000



  • ** Dunia sudah agak hampir ke penghujung :(( . Kenapa kita masih lalai?


    Friday, May 6, 2011

    MUNAFIK

     

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.

    Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya.

     (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)


    Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.


    M.A.I.D - Novel Terkini

    M.A.I.D - Novel Terkini  RM26.00



    ISBN: 978-967-5067-77-8
    SEMENANJUNG: RM 26.00 AHLI KN: RM 22.00
    SABAH/SARAWAK: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00


    Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

    Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

    Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

    ** Best2 dah baca dah.. :))