Monday, March 12, 2012

Tolong ambil perhatian...



Pengakuan Tentera yahudi :- "Israel Hancur Jika islam berjemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang tadi dia lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.

Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh dapat ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika umat islam berjemaah solat subuh yang hadir sebanyak solat Jumaat.!!

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Karena orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan...wallahualam

p/s..terima kasih pada tuan empunya...





Tips lagi...

Kali ni n3 untuk bayi - bayi sahaja yeee....he3



Kepala Bayi Berkerak

Jika kepala bayi anda berkerak, ambillah segenggam kelapa parut dan campurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan campuran tersebut ke dalam perca kain dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Selepas itu, sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Selepas itu, sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Hasilnya kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam.





Ruam

Ruam panas sering menyerang bayi yang baru lahir. Untuk meredakannya, gunakan kanji nasi. Untuk membuatnya, masak bubur nasi. Kemudian, ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapu air kanji tersebut pada ruam. Hasilnya, ruam akan berkurangan.




Hilangkan Kembung Perut

Bagi menghilangkan kembung perut bayi, ambil dua atau tiga biji lada hitam dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam itu ke dalam pusat bayi dan biarkan. Tepuk belakang badan bayi untuk menenangkannya.







Jauh ker???








NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!


p/s: saya dah beli novel ni...awak bila lagi?? wink winkk



Saturday, March 10, 2012

Baby Lagiii....

Tips & Petua untuk baby....





Bulu mata melentik

Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda bertambah lebat, lentik dan cantik.








Inginkan anak cerdik


Amalkan memakan buah delima sebelum bersalin. InsyaAllah berkesan










Cepat berjalan


Lobak merah mengandungi kalsium yang tinggi. Masukkannya kedalam bubur bayi kerana lobak merah boleh membantu pembentukkan tulang agar anak cepat berjalan.











Suami Yang Ku Benci...

Hehhehhh saspenssss......saya baru je lepas baca novel Eman Sufi ni...novel santai





"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."


Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! 

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 

Resensi saya:

Beli la kalau nak tau ending nyiaaaa....





Mentang-mentang ada baby kecik..

Entry kali ni tentang hidangan kentang kaya khasiat untuk anak-anak:














Bahan-bahannya:

  • 2 biji kentang bersaiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 biji telur (ambil putihnya sahaja)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
  • Kupas kentang dan cuci bersih
  • Rebus bersama sedikit garam sehingga empuk
  • Angkat, tos dan ketepikan
  • Apabila kentang sudah sedikit sejuk, potong berbentuk wedges sehingga habis dan masukkan kedalam mangkuk
  • Taburkan serbuk lada hitam dan serbuk cili. Gaul Rata
  • Celup kentang tadi ke dalam putih telur yang telah di pukul
  • Kemudian, salut dengan terpung
  • Goreng sehingga kekuningn atau sehingga masak
  • Hidangkan bersama sos Thousand Island

Sedap di makan panas-panas...












Lama tak update...

Lama sungguh tak update blog....sibuk dengan baby ...idea tak de... hummmm...toktoktok idea oh idea mana pigi...tengok orang nya blog sume nya canggih2..termasuklah blog en ayam kita....hehehhh....