Showing posts with label ikan sungai. Show all posts
Showing posts with label ikan sungai. Show all posts
Sunday, November 7, 2010
Ikan Patin Masak Tempoyak ala ala Pahang
Ikan Patin Masak Tempoyak Ala-ala Pahang
1 ekor ikan patin
30 biji cili padi (kalau tak nak pedas kurangkan)
1 inci kunyit hidup
3 senduk tempoyak
Secekak daun kesum
Sebiji timun cina (di belah dua dan di potong2) / 3 biji terung bulat (dibelah dua)
Sekuntum bunga kantan atau 3 helai daun kesing (optional)
Garam secukup rasa
Cara - cara
Bersihkan ikan. Tumbuk / kisar cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas kedalam periuk dan masukkan air secukupnya. Reneh sehingga masak dan masukkan garam. Sedia untuk di hidang. Nyumm nyumm
Ikan Pekasam ala ala Pahang
Membuat Ikan Pekasam ala ala Pahang
20 - 30 ekor ikan (ikan puyu, ikan nyet-nyet dan ikan sepat)
Segenggam garam kasar
Segenggam asam keping
Kunyit serbuk
Cara - cara
Siang ikan dan bersihkan. Kemudian gaul bersama garam kasar, asam keping dan serbuk kunyit. Simpan dalam peti ais (peti besi tak boleh aaa) 2 atau 3 hari. Selepas itu boleh lah di goreng. Goreng bersama bawang dan cili padi atau cili hidup pon sodappppp.... Sedia untuk dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

