Showing posts with label petai. Show all posts
Showing posts with label petai. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Siapa tak suka makan petai??

Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan penggemar-penggemar petai berasa lapar. 

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. . 

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). . 

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. . 

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum. 

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu. 

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.



Monday, November 29, 2010

Tempoyak Ikan Bilis



Semalam menu kita, tempoyak ikan bilis. Sedapppp...nyum nyum. Dengan cuaca yang sejuk, tak perasan makan bertambah. hehe. Ini style orang pahang le. Sesiapa nak cuba tu boleh sajaaa.. Sesiapa yang tak nak tu bayangkan yeee. apaapaaje lah.. :D


Bahan - bahan

20 - 25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Segenggam ikan bilis
1 labu bawang besar
1 senduk tempoyak
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 cawan air
2 papan petai (optional)

Cara-cara

Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah ditumbuk, ikan bilis, tempoyak, asam keping, petai dan air. Kalau pekat sangat boleh lah tambah air. Biarkan mendidih. Setelah mendidih masukkan garam dan bawang besar yang telah dihiris. Setelah masak boleh lah dihidang bersama nasi panas dan ikan pekasam.....emmm sedappp

Sunday, November 14, 2010

Sambal Ikan Bilis Petai


Dah ku kata ku pekena sup tulang dengan sambal bilis. Hmmm sekarang ku letak gambarrr nya. Jangan meleleh air liur ya. Ku tahu siapa yang akan meleleh air liurnya..hehe.













Resepi Sambal Ikan Bilis Petai


25 tangkai cili kering 
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih 
1 labu bawang besar (dimayang)
RM 2 ikan bilis
1 keping asam keping
2 papan Petai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak


Cara - cara


Potong2 cili kering dan basuh dengan air panas (untuk hilangkan hapak). Kisar bersama bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan goreng cili kisar tadi. Masukkan ikan bilis, asam keping dan petai. Goreng sampai sambal pecah minyak. Selepas itu masukkan bawang besar, garam dan gula. Setelah masak, bolehlah di angkat dan dihidang. Wahhh terasa lapa balik perut nih.. :))) Selamat menjamu selera.