Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Sambal Hijau



Oleh Jenimokhtar
























Bahan-bahan

5 biji lada hijau
6-7 biji cili pade
2-3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb ikan bilis
1 sdb minyak masak
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

1) Stimkan kedua2 cili sampai lembut.
2) Tumbuk semua bahan. Biarkan kasar.
3) Panaskan minyak masak, tumis bahan2 tumbuk sampai pecah minyak. Perlahankan api dan gaulkan  sehingga sebati.
4) Rasakan dengan garam dan gula.



Sunday, November 14, 2010

Sambal Ikan Bilis Petai


Dah ku kata ku pekena sup tulang dengan sambal bilis. Hmmm sekarang ku letak gambarrr nya. Jangan meleleh air liur ya. Ku tahu siapa yang akan meleleh air liurnya..hehe.













Resepi Sambal Ikan Bilis Petai


25 tangkai cili kering 
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih 
1 labu bawang besar (dimayang)
RM 2 ikan bilis
1 keping asam keping
2 papan Petai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak


Cara - cara


Potong2 cili kering dan basuh dengan air panas (untuk hilangkan hapak). Kisar bersama bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan goreng cili kisar tadi. Masukkan ikan bilis, asam keping dan petai. Goreng sampai sambal pecah minyak. Selepas itu masukkan bawang besar, garam dan gula. Setelah masak, bolehlah di angkat dan dihidang. Wahhh terasa lapa balik perut nih.. :))) Selamat menjamu selera.

Sup Tulang



Tadi pulok dok habaq pekena sup tulang. La ni saya letak gambor sup tulang, kita pekena dengan sambal bilis nih... Dak pandang kiri kanan nih..Patut lah berat badan ku ini tak leh nak turun-turun huhuhuhu.... Walauapapun mai tengok gambaq dulu. Ni dia...















Tak lama lagi leh jadi camera woman ni. Masak ja ambik boh sini..hehehe..


Resepi Sup Tulang Ala Ala Chef Intan (:P)

1 kilo tulang bercampur daging
2 inci halia
3 ulas bawang merah (di mayang)
3 ulas bawang putih (di mayang)
3 sudu besar perencah sup / sup bunjut
Daun sup (dipotong)
Daun bawang (dipotong)
Garam secukup rasa

Cara - cara

Rebuskan tulang. Masukkan halia, sedikit bawang besar dan bawang putih yg telah dimayang tadi. Agak2 dah empuk dagingnya masuk kan perencah sup atau bunjut dan garam secukup rasa. Setelah masak angkat dan hidangkan bersama daun sup dan daun bawang. 



Masak Lemak Cili Hidup Ayam Hutan

Semalam kan kita masak lauk lemak tapi lemak cili hidup ngan ayam hutannn. Bak kato orang negeri semilan nih "Umang ehh sodap". Tak nampak telinga makan ngeh3, pekana plak ngan daun selom. Ni dia gamba ehh... Jangan tak tengokkk. Nak ker? Tangkap dulu ayam hutan....:P :P :P


Terima kasih Acik Khalif..Penyumbang masak lemak ayam hutan ku.. :)))))



Resepi Masak Lemak Ayam Hutan

1 ekor ayam hutan
5 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
3 biji ubi kentang (dibelah empat)
1 biji tomato (dibelah dua)
1 1/2 biji kelapa (asing kan pati)
Garam secukup rasa


Cara - cara

1) Bersihkan ayam hutan (jenuh membuang bulunya huhu). Rebus sampai empuk
2) Tumbuk atau kisar cili merah dan kuyit
3) Masukkan bahan kisar kedalam periuk dengan api kecil bersama ayam.
4) Masuk kan santan dan serai yang telah dititik kedalam periuk.
5) Biarkan mendidih.
6) Setelah itu masukkan pati santan, kentang, tomato dan garam.
7) Setelah masak, angkat dan hidangkan.



Butter Cookies

Hmm....lepas buat chocolate chips cookies tadi terlebih rajin plak nak wat cookies lain. Dah dapat vitamin R le plak. Baru lepas pekena sup tulang. Hehe. Sedap woo sejuk-sejuk pekena sup tulang. Eh pe cerita plak ni, kita nak citer pasal cookies yang terlebih rajin buat nih. Cookies ni simple jeh.


Butter Cookies


Ini dia doh yang telah di uli













Doh yg di terap guna acuan semperit


Doh yang telah di bakar :))) 














Resepinya simple sangat. Sonang bai tu...hehhe


135gm butter
60gm gula pasir (saya kurangkan ke 50gm)
150gm tepung gandum
30gm tepung jagung


Cara - cara

Pukul butter dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak. Guna kan sebarang acuan. Bakar pada suhu 170C selama 18 - 20 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Chocolate Chips aka Famous Amos


Hari minggu ni tak tau apa nak buat. Hujan lak tu. Takkan nak titon jer. Fikir nya fikir lagipun tak lama nak raya haji, apa lagi terpaksa lah meringan kan tangan menguli tepung membuat cookies. Hmmm tak sedap pun tak pe asalkan kita yang wat tauuu...Ini lah dia hasil tangan ku hari ni...


Biskut Chocolate Chip A K A Famous Amos


Ini lah dia doh yang telah siap di uli













Doh yg telah di bentuk menjadi guli














Ta daaaa dah siap bakar... :-))))))))















Resepi

1 cawan gula perang (kalau tak nak manis kurangkan sikit)
1 cawan mentega
1 cawan minyak (kurang kan sikit kalau tak nak berminyak)
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang 
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sudu kecik vanilla extract

Cara - cara

Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati. Masukkan bahan-bahan kering, walnut dan chocolate chips. Adunan nampak agak lembik, susukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris. Bakar pada suhu 350F (175C) dalam 10 - 15 minit (bergantung pada jenis oven). Cookies ni agak peroi, jika suka keras lebih kan tepung ikut kesukaan. Walnut boleh jugak di ganti dengan kekacang jenis lain.












Pan Kek Jagung



Pan Kek Jagung






(resepi Hanieliza)


Bahan:

Tepung naik sendiri........................2 cawan
Telur............................................1 biji
Susu tepung.................................2 sudu
Jagung dalan tin............................3 sudu
gula.............................................2 sudu
garam.......................................... 1 sudu kecil
air................................................agak-agak jer


**Jangan pekat sangat


Cara-cara

1. Gaul rata semua dan biarkan sekejap...
2. Ratakan butter sikit dalam kuali tak lekat..
3. Tuangkan adunan dalam kuali dan tutup kuali..
4. Gunakan api yang kecil aje...biarkan sekejap dan terbalikkan penkek tu..


Hidangkan suam-suam...