Thursday, November 11, 2010

Debu Merapi ancam penerbangan
11/11/2010


















 
 
ASAP panas Gunung Merapi sejak hujung Oktober lalu mengakibatkan gangguan kepada penerbangan keluar masuk dari Indonesia.


Cathay Pacific, Qantas Airlines ubah, batalkan jadual bimbang keselamatan

JAKARTA: Debu daripada letusan gunung berapi paling aktif di Indonesia, yang mengorbankan 151 orang dan menyebabkan beratus-ratus ribu lain kehilangan rumah, mengakibatkan lebih banyak gangguan kepada penerbangan semalam.


Gunung Merapi memuntahkan debu dan asap panas sejak hujung Oktober lalu menyebabkan kematian akibat gas dan batu menggelegak dan memaksa 320,000 orang melarikan diri dan tinggal di khemah sementara.
Seorang pakar gunung berapi Indonesia berkata, kekerapan letusan sudah semakin berkurangan, tetapi syarikat penerbangan Cathay Pacific dari Hong Kong dan Qantas dari Australia membatalkan perkhidmatan kerana letusan debu itu.

Debu itu mengakibatkan gangguan kepada penerbangan masuk dan keluar dari Indonesia hujung minggu lalu sehinggakan memaksa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memendekkan lawatannya ke kepulauan berkenaan semalam.

Pegawai berkata, kebimbangan mengenai keselamatan berhubung debu itu juga bermakna lapangan terbang Yogyakarta – bandar raya yang terletak hanya kira-kira 25 kilometer dari gunung berapi berkenaan – akan terus ditutup paling awal sehingga Isnin depan.

“Kami mungkin melanjutkan penutupan lapangan terbang itu jika Merapi masih meletus,” kata Ketua Pengarah Kementerian Pengangkutan bagi Hal-Ehwal Penerbangan, Herry Bhakti.
Obama menjanjikan bantuan Amerika untuk Indonesia bagi menangani langkah susulan selepas letusan yang terbesar di Gunung Merapi sejak 1870-an. – AFP

No comments:

Post a Comment