Sunday, November 7, 2010


Dadah: Aktor kena cekup

Oleh SHANTY NUR SHAFFIZAN SHAFEE
     
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon sebuah filem yang 
memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 
baru-baru ini, ditahan polis malam kelmarin, 
dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah 
jenis metafetamin.


Pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama 
tunangnya yang juga pelayan pelanggan (GRO) 
ketika menunggu bekalan dadah di sebuah stesen 
minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) 
di Ampang, di sini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, 
Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, 
saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu 
mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin.




“Ketika ditahan kira-kira jam 8 malam, kedua-dua 
mereka menunggu bekalan dadah, dipercayai 
daripada bekas kekasih wanita terbabit yang 
menetap di kawasan berhampiran. Pelakon itu 
mengaku mengambil dadah itu sejak sembilan 
bulan lalu,” katanya, semalam.


Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) 
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan 
mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya,” 
katanya ketika dihubungi semalam.



Kerjaya seni artis ini bermula sebagai anggota 
sebuah kumpulan pemuzik, namun hanya 
tampil dengan satu album sebelum dibubarkan.




Selain watak utama beberapa drama, dia juga sering 
tampil sebagai pelakon pembantu di sebuah syarikat 
perfileman terkemuka.



No comments:

Post a Comment