Monday, November 8, 2010

SOSEHSOSEH: Pengarah tak cam pelakon ubah wajah


DEK suka sangat mengubah ciptaan Allah, sampaikan kawan sendiri pun sudah tak kenal artis itu lagi. Kalau menurut perkiraan SS, artis itu sudah cukup cantik. Dia tidak perlu pun mengubah apa yang Allah berikan kepadanya. Disolek sikit, tambah berseri wajahnya yang cantik jelita itu.

Tetapi manusia ini, jarang bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Suntik sana, suntik sini, sampaikan muka itu sudah berubah jadi muka orang lain.

SS nak tergelak besar mendengarkan cerita seorang pengarah ini. Dia sudah banyak kali mengambil artis ini berlakon drama atau filem arahannya. Dari jauh pun, pengarah itu sudah boleh cam artis itu kerana sudah sekian lama bekerjasama.

Suatu hari, sekali lagi pengarah itu mengambil artis itu berlakon dengan produksinya. Maka jurusolek artis itu pun soleklah wajah artis itu. Agak lama juga pengarah itu menunggu artis itu disolek dan dia pun bertanya, takkan jurusolek itu mengambil masa yang begitu lama. Rupanya artis itu sudah siap disolek dan lalu lalang depan pengarah itu.
 

Bagaimanapun, pengarah itu tak cam langsung wajah artis itu kerana sudah bertukar 100 peratus. Lalu pengarah itu suruh jurusolek itu menyoleknya sekali lagi. Jurusolek itu kata, itulah solekannya yang biasa, hendak diubah macam mana lagi? Perubahan wajah artis itu dek bahana selalu sangat menyuntik mukanya.
 
Jurusolek itu bagi 'isyarat' kepada pengarah itu dan barulah pengarah itu faham kenapa muka artis itu jadi macam itu. Bila depan kamera, muka dah tegang, bila babak dia menangis, nampak macam dia ketawa, bila disuruh menangis macam orang tersenyum pula. Artis itu gagal menunjukkan emosi kerana kulit mukanya dah tegang dan SS rasa tisu mukanya pun banyak yang rosak.
 
Tak payahlah pakai itu semua. Setiap orang akan tua dan wajah pasti sedikit sebanyak akan berubah, tetapi janganlah dimasukkan benda yang terlarang. Dah banyak sangat SS tengok wajah artis dan selebriti Barat yang sudah terlalu banyak menjalani pembedahan plastik dan disuntik botox, muka mereka sudah seakan-akan muka singa, mengembang tidak tentu hala.


No comments:

Post a Comment