Thursday, November 11, 2010

Petua Anak Bijak Pintar Dengan Ransangan

Ransangan Bunyi
Rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.

Sentuhan
Biasanya ibu hamil akan berhubungan dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.

Muzik
Anda boleh gunakan muzik untuk merangsang kepintaran bayi. Ini kerana dia memang gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.

Kesimpulannya, apa jua jenis rangsangan yang digunakan, anda perlu mengetahui teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu masih di dalam kandungan.

Petikan dari Majalah Pa & Ma

No comments:

Post a Comment