Monday, November 22, 2010

Masalah Pembelajaran ‐ Disleksia





Saya begitu teruja dengan topik-topik sebegini kerana anak saya juga kurang daya tumpuan terhadap pelajaran atau perkara yang seumpamanya. Dia lebih berminat pada mewarna, melukis atau mencantum-cantum barang. Semoga ibu bapa lebih memahami sekiranya ada di antara anak2 yang perangai nya seperti di bawah.  Kalau ada sesapa yang ingin berkongsi rasa; sila-silakan lah....




Apa itu Disleksia? 

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.

Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun
mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
o Mempunyai keupayaan intelek yang normal
o Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi

Mereka mungkin mengalami kesukaran
o Membaca
o Menulis
o Memahami
o Mengeja
o Mengira

Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia

Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
o Lambat bertutur
o Mengalami kesukaran sebutan atau rima
o Sukar menulis nama sendiri
o Payah mengenal bentuk atau warna
o Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
o Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
mengira
o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor 


(Bacaan terbalik) :
�� 15 dengan 51
�� “was” menjadi “saw”
�� ‘b’ dengan ‘d’‘

o Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
o Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee
Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis
(Albert Einstein)

Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai
sudut / dimensi

Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya
Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri

Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
o Gangguan emosi (seperti kemurungan)
o Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan
diri anak

2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
o Terapi pertuturan
o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu
pembelajaran)

1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)

2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)

3. Merasa pergerakan bibir

4. Menulis huruf atau perkataan

5. Langkah-langkah pemulihan :
o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
o Gunakan video atau kaset untuk belajar

6. Program pemulihan khusus :
o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Kumpulan sokongan
Persatuan Dyslexia Malaysia
No 6, Persiaran Kuantan
Setapak
53200 Kuala Lumpur
Telefon / Fax : 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my
Prospect Rainbow Center
1D Jalan Pantai Molek,
Penang.
Tel: 04 - 8900870







No comments:

Post a Comment